[Aku yang Sekarang Bermula Dari Aku yang Dahulu]
Haaa tu dia.. Bila sawan rajin datang menjelma..! Non stop dok post dari tadi sampai laa ni.. Khas untuk tatapan anak cucu cicit tersayang.. Sila laa kunyah dan hadam ye sayang.
Perkongsian dari hati.. Hari ni saya terdetik nak berkongsi sekali lagi kisah perjalanan saya dengan Shaklee. Melangkah dari setapak demi setapak.. Dari Peguam yang Lantang bersuara sehingga menjadi Master Coordinator yang terus memberikan Inspirasi. InsyaAllah. Sebenarnya banyak kali dah saya kongsikan cerita saya.. Tak kira dalam group ni mahupun di group jutawan. Tak tahulah kalian baca atau tidak..?
Saya yang anda kenal hari ini suatu ketika dahulu bermula dari bawah.. dari insan yang biasa-biasa dan alhamdulillah menjadi luar biasa hari ini. Saya bermula dari Zero.. Saya tiada background bisnes..! Saya tak gemar berniaga.. Tapi saya suka berkongsi. Saya dari bidang yang jauh berbeza.. Malah saya juga salah seorang yang merupakan ANTI MLM juga ANTI SUPLEMENT.. Ye.. saya anti suplement, anti ubat..! Saya jarang sekali mengambil ubat melainkan jika benar-benar terdesak.!
MLM.. oh lagi saya benci.. Mengapa..? Usah perlu ditanya mengapa.. Cukup anda perlu tahu yang saya benar-benar anti MLM dan salah satu MLM yang saya anti adalah SHAKLEE. Hahahahaha.. Tulah ada pepatah kata.. Kalau benci.., jangan benci sangat.. Nanti kan timbulnya sayang.
Ok mulanya saya terjebak dengan Shaklee kerana ADAM. Anak ketiga saya. Entah bagaimana saya tiba-tiba rasa nak cari sesuatu untuk diri saya.. Yelah umur makin lama makin muda kan.. Beranak pun dah tiga kali.. hero semua pulak tu. 6 urat dah putus.. Maka badan pun dah mula longgar sana sini. Saya nyatakan hasrat pada sang suami.. Dia kata ikut u laa.. Janji tak memudaratkan..
Saya memang cerewet ya.. So saya kaji dan terus mengkaji.. Akhirnya cuba membuka hati saya untuk menerima Shaklee. Saya Search di Internet dan saya ditemukan dengan Blog Mak saya Master Nur Laila. Saya baca dan hanya fokus masa tu pada set menyusu. Memandangkan saya tengah s
usukan Adam.. Saya Mesej dia.. masa tu tak ada whatsap k. Dia balas.. dan berlaku laa sesi soal jawab. Tapi sebelum tu saya dah maklumkan dengan beliau yang saya ada ID Shaklee (ID suami) untuk dapat kan produk ni. Saya cuma mahu tahu suplement apa yang sesuai untuk set menyusu.
Total untuk set tu adalah sebanyak RM231 untuk bco vit c vitalea dan alfafa. Saya ni kedekut ye.. Masa tu nak cuba..! Saya cakap saya tak nak laa beli banyak-banyak makan semua sekali.. Saya nak cuba untuk set trial sahaja (masa tu ada jual trial pack) Tapi saya nak beli guna id suami.. So saya ajak tiga orang kawan saya yang sama menyusukan baby cuba set ni. Saya share dengan dorang apa yang saya baca (padahal masa tu saya pun tak guna lagi) so mereka setuju nak beli. Saya mintak dengan husband bayarkan suplement yang saya nak makan.. So saya dah dapat 4 orang termasuk saya. (Nak makan tapi x nak keluar duit)
Selepas consume set tu memang nampak perubahan pada susu saya. Saya pun semakin bertenaga. Ramai yang puji i makin cun masa tu. So saya pun seronok. Saya semakin rajin share di FB. Saya share gambar susu, saya share apa benefit yang saya dapat.. sehinggalah saya join shaklee bawah Kak Laila sebulan selepas itu.
Perkongsian dari hati saya di FB mendapat sambutan hangat.. Ramai yang PM tanya kan tips dan ingin mencuba. Dari situ saya mula berkongsi dan terus berkongsi. Saya memang ibu menyusu yang tegar. Saya mahukan semua ibu, menyusu kan anak mereka. So saya dengan gembira dan suka hati berkongsi semua tips yang saya ada dan saya tahu. Bukan semata-mata fokus hanya pada Shaklee.. Tapi semua tips penyusuan yang saya tahu.
Bermula dari itu.., nama Zura Betty semakin hari semakin dikenali ramai. Saya melangkah setapak demi setapak dengan Shaklee. Yang pada mulanya tidak terlintas sedikit pun mahu berniaga atau mengejar mana-mana rank dalam Shaklee. Semakin hari saya buat dengan seronok. Saya rasa teruja bila saya dapat gembirakan hati ramai orang. Momen yang sangat-sangat berharga dalam hidup saya.
Keterujaan saya telah menyeb
ab kan ramai juga yang berminat nak menyertai Empire saya. Semakin hari bilangan ahli bertambah.. Saya mula rasa minat dan mula Fokus dengan apa yang saya buat. Fasa ni saya dah mula buka manual bisnes shaklee. Saya study satu persatu. YElah.., nanti anak tanya tak tahu nak jawab pulak. So kena study.
Saya mula buat apa yang mentor ajar. Saya mula amalkan apa yang mentor suruh. Saya dengan mak saya memang macam belangkas. Walaupun kami tak pernah bersua muka. Dia jauh di MIRI sayay nun di JB. Tapi itu bukan halangan untuk kami. Saya buat dengan hati.. Saya happy bila dapat bantu orang lain.. Saya dapat bantu ibu-ibu menyusu dan dapat membantu mereka yang mempunyai maslah kewangan.. Dua faktor yang berbeza tapi matlamat yang sama.. ! Ingin MEMBANTU.
Saya kerap berkongsi ilmu dan tips.. dahulu saya hanya fokus pada penyusuan sekarang saya mula mencari ilmu dalam berniaga.. saya berkongsi dengan rakan-rakan.. Kerana saya sedar ilmu yang ada perlu dikongsi bukan untuk diri sendiri.
Ada yang tanya.. akak apa ujian akak dalam mendaki setapak demi setapak. Saya manusia biasa. Saya juga punya ujian tersendiri. Saya pernah menangis tiga hari tiga malam kerana SHAKLEE. Masa tu saya rasa satu beban berat terhempap di bahu saya. Sedih memang sedih.. Tapi saya muhasabah diri.. Ujian Allah datang kan bersebab. Dan saya amat bersyukur hari ini. Kerana ujian itu buat saya kuat. Kerana ujian itu buat saya masih kekal hingga ke hari ini.
Jika dahulu saya memilih untuk give up..? Mana mungkin saya kecapi apa yang saya dapat hari ini. Saya yakin, disebalik hujan lebat pasti Allah akan kirimkn PELANGI. Alhamdulillah Pelangi itu milik saya hari ini.
Saya juga dahulu sama seperti kalian, pernah di marah customer.., Pernah rasa sedih bila orang menolak saya.., pernah di ejek..., pernah jatuh.. pernah rasa sakit untuk efective.., pernah bercakap seorang diri.., Malah pernah dipulangkan parcel oleh customer kerana tak mahu menerima parcel tersebut dan dia label di situ TIPU..!
Kalau saya mengikut perasaan.. untuk hanyut dengan uj
ian tersebut. Apa agaknya jadi pada saya hari ini. Jadilah diri kita sendiri. Usah lihat perjalanan orang lain. Setiap orang ranjau nya tak sama. Belajar bersyukur dan bangga dengan kemampuan diri. Semua orang dilahirkan hebat. Tapi bagaimana kita gunakan kehebatan yang ada itu berbeza di antara setiap manusia.
Percayalah.. apa yang anda lalui sekarang.., saya pernah rasakan sakitnya dahulu. Satu yang saya pegang dan yakin. KEJAYAAN HANYA MILIK MEREKA YANG SABAR. Jika saya putus asa.. jika saya give up. Saya tak akan kemana. Kekal ditakuk itu.
Alhamdulillah.., Shaklee merubah hidup saya 100%. Saya yang anda kenal hari ini jauh beza dengan saya yang dahulu. Saya sangat-sangat bersyukur kerana Allah menemukan saya dengan bisnes nie.
Shaklee bukan bisnes yang kita seorang akan berjaya. Kita tak akan berjaya dengan Shaklee jika kita tak bantu orang lain untuk sama berjaya. ! Jangan pernah berhenti untuk memberi. Jangan merungut. Jangan mudah putus asa.
Setiap orang mempunyai jalan cerita yang berbeza. Bangun dan teruskan bermimpi.. Jangan takut untuk bermimpi.. Anda tak perlu keluar sesen pun untuk bermimpi.. Usaha sehingga mimpi-mimpi anda menjadi realiti. YAKIN dan PERCAYA dengan diri. YAKIN lah pada DIA. DIA sumber kekuatan kita yang utama. APA pun yang terjadi letaklah DIA dihadapan. Nescaya hati mu tenang. Nescaya kalau down , sedih dan sebagainya hanya untuk sementara. Anda akan kembali bangkit dengan penuh semangat jika DIA ada dihati.
Bangunlah adik kakak ku. Tiada insan lain yang boleh merubah hidup kita melainkan diri kita. Tanya pada diri. Sudah berapa puluh tahun kita hidup di bumi ini..? Apa yang telah kita berikan pada insan sekeliling kita..? Apa pengorbanan yang telah kita buat untuk mengembirakan ramai orang..?
Apa tujuan kita hidup di dunia ini..? Cukup sudahkah bekalan untuk kita bawa ke akhirat kelak nanti..?
Anda semua insan hebat. Semua ciptaan Allah itu hebat. Jangan pernah sedih, jangan pernah menghina diri sendiri. Cari keyakinan.. cari kekuatan. ANDA LAYAK UNTUK BERJAYA..!
Salam
Sayang
Mommy Zura Betty
~akuhadiruntukmu~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan