Jumaat, 21 November 2014

Menu diet untuk badan ramping dan menawan !

Minggu ni kat ofis kecoh bile kawan buat injection untuk kurus huhu .. ni dye kongsikan diet menu daripada doctor yg merawat .. klinik tu kat puchong .. dikendalikan oleh sorang doctor perempuan dari China .. ape tah nama tempat klinik tu huhu .. klinik ni bukak awal .. pukul 6:30 pagi dah bukak .. terkocoh-kocoh la kawan saya ni g bangon pagi kol 5 pagi .. ble sampai tempat keje dye tunjuk la kesan injection dye kat kaki , tangan n perot huhu .. merah2 .. semoga dye dapat berat badan yg diimpikan la ye .. kalo saya ??? hurmmmmm xberani la nak cucuk mencucuk ni

BREAKFAST : Telur (putih) 1-2 biji , segelas susu (soya bean) saya tukar ESP huhu

LUNCH : ikan stim , toufu , sayuran , bali , oat

DINNER : timun , tomato , epal hijau , jambu batu , oren , sengkuang


                            


Kat bawah ni saya share setiap kelebihan khasiat menu diet yg doctor tu bagi ..

                                                        Telur (putih) 1-2 biji






Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

                                   Segelas susu (soya bean) saya tukar ESP




Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita.Antara sebabnya ialah kerana ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein rendah lemak yang membantu membina kandungan otot.

                                                  Ikan masak stim (kukus)





Ikan yang dikukus merupakan sumber protein rendah kalori, yang amat penting untuk diet. Protein membantu menyimpan selera anda di bawah kawalan. Filet ikan tilapia seberat 85g mengandungi hanya 36 kalori, menawarkan 7 g protein. Badan memproses protein pada kadar yang lebih perlahan daripada lain-lain nutrien seperti karbohidrat, yang membuat salah satu makanan yang paling mengeyangkan


                                                               toufu (tauhu)





Tauhu merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada tahu, juga dapat dimanfaatkan untuk menjauhkan segala macam penyakit berbahaya.Tauhu dibuat dengan mengentalkan sari kedelai menggunakan garam mineral (biasanya kalsium sulfat). Sari kedelai inilah yang membuat tahu kaya dengan manfaat kesihatan .Tinggi protein membuat perut tidak cepat merasa lapar. Juga, sifat rendah kalori (sekitar 80 kalori dalam 100 gram) tidak menambahkan kalori ekstra untuk menu diet anda .

                                                                 bijirin barli




Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan. Merendahkan kolesterol dan Meredakan sembelit . Barli merupakan bijirin yang banyak khasiatnya yang sentiasa dimakan oleh Rasulullah saw.. Berdasrkan kajian antara khasiat barli adalah membantu mencegah daripada sakit jantung, dapat mengawal paras gula dalam badan, mengelak dari penyakit asma dan mengelak daripada kanser. Selalu orang cakap air barli ini bagus diminum sebab ia cuci usus
                                                                   bijirin oat




Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.

“Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. “Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol ” kata Dr James lagiOat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Ini bermakna apabila anda makan oat untuk sarapan pagi, anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Sarapan yang terdiri daripada oat yang dengan dicampur buah-buahan boleh mengenyangkan sehingga tengah hari.

                                                                 timun




Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan . Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan . Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
                                                                    tomato




Melancarkan Sistem Pencernaan – Tomato mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ianya amat sesuai untuk melancarkan sistem pencernaan badan kita.Menurunkan Berat Badan – Amalan meminum atau memakan tomato dua kali sehari, membantu menurunkan berat badan.Berdasarkan sebuah penelitian minum jus tomato 1 gelas tanpa gula dapat menurunkan iritasi sel pada seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dengan lebih terkontrolnya iritasi sel yang terjadi maka anda pun akan merasa memiliki energi yang lebih besar dan juga anda akan merasa lebih baik sepanjang hari. Pada saat itulah perut buncit anda akan berkurang dan berat badan anda akan turun secara optimal.


                                                                  epal hijau




Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem penghadaman. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.Membantu mengekalkan berat badan.Untuk yang sedang berdiet dan nak diet makan la epal hijau.Tahap antioksida epal hijau lebih tinggi daripada epal merah.Membantu bersihkan saluran usus dan pembuangan toksin dengan pantas serta efisyen menerusi sistem pencernaan.Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.

                                                                 jambu batu




Membantu penghadaman , mengelak sembelit dan mengubati cirit-birit.Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.Jika anda menghadapi masalah kolesterol, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol anda.. try makan satu setengah biji jambu batu setiap hari
                                                                       oren





Oren merupakan sumber vitamin C, potassium serta folat, dan hanya mengandungi 110 kalori. Bahkan kandungan asidnya selain berguna bagi menurunkan berat badan, juga sangat berguna untuk menyingkirkan racun dari tubuh.Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mempu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.


                                                                sengkuang






Sengkuang mempunyai kandungan rendah kalori dan rendah lemak sesuai sebagai diet food. Sengkuang juga banyak fiber jadi dapat control appetite atau selera makan kita dari makan banyak benda lain yang tidak berkhasiat atau untuk kontrol berat badan.Sesuai untuk mereka yang pentingkan makanan seimbang kerana ia kurang lemak tetapi sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B. 

Jadi selepas ini anda tahu bagaimana memilih makanan diet secara bijak. Jika mahukan supplement untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan jayanya boleh klik disini .. selamat mencuba !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan