Rabu, 26 November 2014

Pastikan supplement anda bebas Chondroitin !!

Kenapa doktor masih memberi Chondroitin kepada pesakit walaupun membahayakan ?



Kebanyakan supplement lain , chondroitin diekstrak dari sumber tulang rawan (cartilage lembu) dan kemungkinan tercemar sewaktu pemprosesan

Chondroitin berinteraksi dengan warfarin (ubat penipis darah ) akan meningkatkan kesan warfarin , menyebabkan lebam dan pendarahan dalaman yang teruk
Walaubagaimanapun Chondroitin mempunyai rekod keselamatan yang baik . Dalam satu kajian yang dilakukan untuk mengkaji kesan sampinngan  supplement ke atas 3063 pesakit mendapati ia tiada kesan sampingan yang serius dan dianggap sebagai supplement yang selamat digunakan.

Kesan sampingan :

-ketidakselesaan perut

-muntah dan loya

-gastrik dan pedih ulu hati

-cirit-birit

-dahaga

-penyahidratan

-angin

-sakit tekak


Dalam badan manusia terdapat 206 tulang yang disambungkan kepada 360 sendi dan setiap satu mempunyai fungsi tersendiri.

Sendi boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu yang boleh bergerak atau sendi sinovial yang mewakili 90 peratus sendi di badan, sendi separa bergerak atau sendi berserat (yang menyambungkan tulang kaki) dan sendi yang tidak boleh bergerak langsung seperti tengkorak.kerosakan tulang rawan ini adalah sebahagian daripada proses penuaan. Malah 90 peratus daripada warga emas yang berumur 65 tahun ke atas mempunyai tanda-tanda ini.

Ubat-ubat baru seperti glucosamine, chondroitin dan diacerin adalah termasuk dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh di ambil bersama dengan analgesia. Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.

Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan membantu melicinkan pergerakan sendi. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan sakit sendi kerana geseran.

Chondroitin pula boleh menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil pada peringkat awal osteoartritis sementara 
Diacerin adalah untuk mengurangkan radang di sekitar sendi di samping dikatakan boleh menolong mengurangkan sakit akibat osteoarthritis.

Namun sekiranya berlarutan, pesakit boleh meminta untuk melakukan pembedahan.

Sumber :
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2)http://drzubaidi.com/blog/suplemen-glucosamine-dan-chondroitin-untuk-pesakit-arthritis-lutut/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan