Khamis, 20 November 2014

TIPS BERJAYA dari Dr. Azizan

sedikit perkongsian dari email Dr. Azizan 

Secara ringkasnya saya nak berkongsi dengan anda 4 sebab kenapa seseorang itu mudah untuk mencapai apa yang ditulisnya.Tuhan mengikut sangkaan hambaNya. Anda boleh semak dalam hadis untuk isi penuhnya. Secara kesimpulan apa yang saya dapat dan cuba untuk kongsikan dengan anda adalah :

Apa yang kita fikir merupakan doa. 
Tuhan akan ikut apa yang kita fikirkan. 
Magnet fikiran berlaku apabila jika fikirnya positif, ia akan menarik perkara-perkara yang positif ke dalam hidup kita. Kalau fikir negatif, maka negatif akan makin datang
.
Apa yang kita rasa. 
Tuhan itu menilai hati manusia. Bukan warna kulit yang dipandangNya. Ini namanya magnet perasaan. Kalau hati asyik sedih, dia akan menarik lebih banyak kesedihan ke dalam hidup.

Magnet kata-kata.
Selalu-selalulah cakap pada orang lain anda kaya dan berjaya. Dalam masa yang sama, cuba anda cakap pada diri sendiri, “Saya miskin papa kedana”. Ulang banyak kali. Tengok apa yang akan berlaku. Pengalaman saya, tiada orang nak ucap sedemikian. Tapi bila tak ada duit, boleh pula cakap, “Saya tiada duit”. Cam maner tu? Tulisan anda di laman sosial juga merupakan kata-kata. Tulisan yang negatif di laman sosial, kemudian dapat 5000 orang ‘like’ atas kata-kata negatif anda tersebut, maka bertambahlah melingkupnya hidup anda. Hindari rakan-rakan yang tidak mampu berikan kesan positif kepada kita.

Amalan atau perbuatan. 
Tindakan kita adalah doa. Maksud doa adalah magnet yang menarik. Semua orang ada matlamat. Tapi adakah tindakan kita menarik ke arah matlamat tersebut? Inilah namanya magnet perbuatan.

Ramai orang nak kaya dan kaya itu terlalu subjektif. Apa pun, kaya yang utama adalah kayanya jiwa. Bila jiwa kaya, tarikan kekayaan harta akan mudah datang. Bila jiwa kaya, kita tak akan endah sangat duit banyak atau tidak sebab kita dah tahu ke manakah saluran duit tersebut bakal disalur. Maka Tuhan akan berikan kepada kita lebih banyak.

Orang yang jiwanya miskin, kurang atau tidak memberi, dia tidak layak mendapat kekayaan jiwa. Bila orang lain berjaya, dia iri hati. Sakit jiwa bila lihat orang lain tenang, kaya dan berjaya. Sekalipun duitnya banyak, duit itu tak akan dapat bertahan lama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan