Rabu, 12 November 2014

JANGAN BERHENTI SEBELUM BANTUAN ALLAH TIBA

JANGAN BERHENTI SELAGI BANTUAN ALLAH BELUM TIBA...

****************************

" Air kereta ini sudah kering ; tetapi bonet depan kereta tidak boleh dibuka." katanya kepada saya.

Lampu amaran berwarna merah di dashboard tidak berhenti menyala. Kereta ini rasanya sudah tidak boleh dipandu terlalu jauh. Bimbang berasap pula.

Suasana hening seketika; sebelum tiba-tiba terpancul kata-kata ini;

" Kita zikir..., kita zikir..." 

**************************

Tidak sampai pun dua minit ; kelihatan seseorang menghampiri kami, bertanya itu dan ini;dan akhirnya mencadangkan kami pergi kesebuah bengkel 'ketuk body' yang rupa-rupanya tidak sampai 1 kilometer dari tempat kami berdiri.

***************************

Mekanik di kedai tersebut mencuba itu dan ini. Sampai-sampai kemek body kereta Sweden itu; setelah beliau seperti hilang arah lalu mencungkilnya dengan sebatang besi.

Saya sekadar memerhati. Mahu marah pun, perkara sudah terjadi.

" Kalau proton biasanya sudah boleh terbuka encik . Tapi....." beliau mengeluh kesal.

" Nanti kita tunggu bos datang. Dia memang pakar bahagian ini" tambah beliau.

****************************

Tidak lama kemudian, bos yang dimaksudkan tiba. Kali ini mereka bertiga bergabung tenaga dan idea mencuba itu dan ini. Masih gagal dibuka.

Mereka cuba lagi itu dan ini.Masih gagal membuka bonet depan kereta.

********************************
Kemudian saya berkata kepada sahabat yang menemani saya.

" Muhammad , depan sana ada surau. Tolong solat hajat dua rakaat minta bantuan Allah." 

Surau tersebut terletak di seberang jalan bertentang dengan bengkel kereta itu.

Muhammad bergegas pergi dan memulakan solatnya dengang tertib. Saya memerhatikan dari jauh. Rukuk dan sujudnya agak lama...ya, lebih lama dari biasa.

*******************************
Muhammad kembali ke bengkel. Bonet depan kereta masih belum dapat dibuka.

Bos dan dua orang pomennya tersengeh memandang kami. Mereka masih tercari-cari caranya.

" Muhammad mari kita solat sekali lagi" a
jak saya.

*******************************
Kali ini kami solat berdua. Kami solat, solat dan solat... ; selepas dua rakaat ditambah lagi dua rakaat. kemudian diselangi dengan membaca kitab selawat Barakat Makkiyyah (yang sengaja disediakan di dalam kereta ).

Setelah agak lama di surau kami kembali ke bengkel.

*******************************
Alhamdulillah.Bonet dapat dibuka.

" Tali pembuka bonet depan ini sudah putus, dan benda ini pun sudah patah," Kata pomen

" Alhamdulilah. Tuan buatlah yang terbaik , saya ada urusan di tempat lain dan akan kembali petang nanti."

***********************************
Esoknya, saya kembali ke kedai. Pomen tersenyum . Saya menyambut senyuman beliau dan sudah mengira-ngira kurang-kurang RM200 hingga RM300 akan terbang lagi.

Maklumlah kereta luar negara...jarang benar di bawah RM100.

***********************************
" Berapa tuan..?" tanya saya.

" RM30" jawab beliau

***********************************

" Masya-Allah...!, tidak sangka begini murah, bila dibandingkan dengan susah payah mereka menyelesaikan urusan itu.

***********************************

Saya menyerahkan RM50 kepada beliau.

" Selebihnya hadiah..." kata saya.

Beliau riang. Saya juga.

***********************************

Cerita ini ada yang tersirat...

dan yang tersirat itulah yang mahu disampaikan.

Ada yang dapat "tangkap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan