Selasa, 25 November 2014

Jambatan Ilmu

Ust Pahrol Mohd Joui.

Dunia Hanya Jambatan

Ikim.fm 26.11.2014
***************

^dua nikmat besar iaitu nikmat iman dan nikmat islam adalah utk keselamatan kita di dunia dan di akhirat

^kata muqarrabbin........"jika dunia ini diibaratkan sebagai emas yg cepat rosak dan juga sebagai tembikar yg diawet (tahan lama)........org akan memilih tembikar tersebut berbanding dgn emas

^dunia ini penuh dgn kekeruhan (sakit, susah, tak selesa, duka dan nestapa)

^akhirat (syurga) sedikit pun tiada kekeruhan

^dunia adalah halangan utk kita ke akhirat

^akhirat itu lebih baik dari dunia

^ Surah An-Nisa, Ayat 77
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".

^mencintai syurga (akhirat) tidak semestinya kita meminggirkan dunia

^jadikan dunia ini sbgai modal utk kita ke akhirat

^dunia hanyalah alat (jambatan) utk ke akhirat.

^'nikmat' (kaya, pangkat, kecantikan, pakaian, makanan, kesihatan, anak2, isteri) dunia haruslah ditukarkan kpd 'rahmat' utk akhirat (sesuatu yg bernilai di akhirat)

^nikmat dunia harus ditukarkan dlm bentuk taqwa, kerana hanya taqwa shj yg akan dipandang oleh Allah di akhirat nanti

^buatlah persiapan sebaik mungkin utk bekalan kita di akhirat.

^dua perkara yg membawa kita ke syurga
  1. Taqwa (hubungan dgn Allah)
  2. Akhlak (hubungan  dgn manusia)

^utk menyampaikan message yg baik (dakwah), kita dulu harus menjadi message itu sendiri.

Bagaimana utk istiqmah dlm melakukan kebaikan??

1. Jgn fikirkan yg banyak.......biar sedikit tapi konsisten
2. Buatlah amalan2 secara berjemaah supaya ada kekuatan utk istiqamah
3. Tambahkan ilmu.......kerana ilmu akan mendorong kita utk istiqamah
4. Istiqamah itu milik Allah, maka pohonlah kpd Allah agar kita boleh istiqamah dlm beribadat

Dunia ini singkat dan dekat, akhirat itu jauh tetapi berpanjangan (kekal)

Gunakan 'dunia' utk kebaikan akhirat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan