Perkongsian daripada seorang sahabat saya yang mengidapsakit leukimia. Doktor bagi sampai bulan 5 je...sampaikanlah yg baik agar jadi jariah utk dia.
Tulisan dari seorang sahabat yang sedang sakit...moga kita mendapat manfaat dari peringatan ini..
Doakanlah yg terbaik untuk penulis. Farid Ariffin
Bicara bicara terakhir dari aku...
Kawan2... izinkan saya menulis perkara2 terakhir sebelum aku pergi bertemu dgnNya. Ini bukanlah nasihat, atau bicara agama, aku bukannya seorang ustaz utk berkelayakan utk menyampaikan amanah atau pesanan agama kepada tuan2.... sekadar bercerita pengalaman2 diri sendiri dan fahaman aku sendiri tentang hala tuju hidup kita sebagai muslim tatkala aku menghampiri panggilan sakara. Please take note that, "fahaman aku sendiri", so sudah tentu banyak kesalahan, tuan2 betulkan sekiranya ada kesalahan. Izinkan aku berbicara begini memenuhi wall2 facebook tuan2, sehinggalah aku tak berdaya lagi utk berbicara atau sehingga malaikat datang menyapa aku nanti... bukanlah bermaksud aku berputus asa dari rahmatnya, hidup dan mati di tangan Allah, aku akan terus berjuang demi Ilahi, tapi aku harus juga bersiap sedia utk menghadapi tanda2 sakara yang sekali sekala datang menegur dan menyapa dan semakin hari semakin dekat aku rasa...
Pagi ini aku nak bicara sedikit tentang tahajjud, Tuan2, tatkala kita sihat kita selalu mengambil sikap lewa terhadap solat tahajjud. Bangunlah malam2 sahabat2 ku sekelian, kekadang malaikat datang menegur tuan2, tuan pun membuka mata, akibat daripada sikap malas bukan sebab tak sihat, maka kita sambung tidur semula. Tuan2, bukan sekadar jadi pada tuan2, jadi jugak pada diri aku ketika aku sihat. Sekarang bila sakit, berderau airmata tatkala ingin mengambil wuduk melakukan solat tahajjud, tapi diri tidak berdaya kerana kuantiti darah yg amat sedikit dalam badan aku, nak angkat kepala pun sakit, kadang2 darah keluar dari hidung dan mulut, aku menjawab sapaan malaikat yang datang menggerak aku utk tahajjud dgn derauan airmata kerana aku tak MAMPU, maka aku menggunakan rukhsah yg Allah bagi dgn bertayammum, aku cuba tunaikan juga walaupun terpaksa baring di atas katil. Tuan2.... tunaikanlah solat tahajjud ketika tuan2 sihat, tak sama rasa bila tuan2 mampu menyucikan diri dgn wuduk dan berdiri dan meletakkan kepala sujud pada Allah pada malam hari berbanding solat di atas katil dgn bertayammum, percayalah tuan2... jangan tunggu sehingga sakit seperti aku datang menyapa....
"... Sebenarnya, kalau kita terjaga pada tengah malam, ia adalah satu anugerah daripada Allah. Allah lah yang telah mengirimkan malaikatNya utk mengejutkan kita bangun beribadat, sujud padaNya, Jadi sebagai tanda berterima kasih, paling malas pun, pintalah apa2 doa walaupun sedikit kepada Allah. Kemudian tidurlah. Sekiranya kita sedar, kemudian terus sambung tanpa mengucapkan apa2 seperti beristighfar dan bertahmid, kemudian malam kedua dan ketiga pun begitu juga, kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejut kita...". Petikan dari "BICARA INI DEMI ILAHI" oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
wallahua'lam.
Sumber : Facebook
Tiada ulasan:
Catat Ulasan