Pengambilan madu lebah serta lemon di awal pagi adalah sangat digalakkan untuk kesihatan tubuh badan kita. Madu lebah dan buah lemon mempunyai khasiat tersendiri dalam menjaga kesihatan tubuh badan manusia.
Berkongsi khasiat kedua khazanah alam semulajadi ini untuk anda amalkan setiap pagi.
♥ KHASIAT LEMON ♥
✔Rawatan Kulit Berjerawat
Lemon mengandungi asid sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh sesetengah bakteria yang menjadi punca jerawat. Selain daripada meminum jus lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang berjerawat dan tinggalkan semalaman. Untuk masker, anda boleh campurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon mampu mengekalkan seri wajah.
✔Kuku Kuat dan Tangan Cantik
Untuk mendapatkan kuku yang kuat dan bersinar, rendam jari anda di dalam jus lemon selama 10 minit. Selepas itu, berus kuku anda dan rendamkan semula di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Setelah itu, bilas jari anda dengan air suam. Lakukan seminggu sekali untuk melihat kesannya.
✔Menghilangkan Kehitaman Ketiak dan Siku
Lemon merupakan ekstrak yang selalu digunakan untuk produk pemutihan. Ia secara semula jadi digunakan sebagai ‘peluntur’ sejak turun temurun. Sekiranya anda ada masalah ketiak dan siku yang gelap, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang gelap itu. Lakukannya secara konsisten untuk melihat hasilnya.
✔Menurunkan Berat Badan
Jus lemon membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kekotoran di dalam sistem badan anda. Ini boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Minum segelas jus lemon suam yang dicampurkan dengan madu setiap hari dan jadikannya amalan sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan.
✔Masalah Rambut Nipis dan Berkelemumur
Menyapu dan mengurut jus lemon ke atas kepala anda mampu melancarkan peredaran darah untuk merangsang pertumbuhan rambut. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencuci rambut, ia mampu mengurangkan kelemumur dan menjadikan rambut anda lebih bersinar.
♥ KHASIAT MADU ♥
✔Madu untuk kulit cantik
Kandungan asid glukonik di dalam madu boleh mengekalkan awet muda kulit anda. Madu digunakan ketika rawatan muka untuk menanggalkan kulit-kulit mati turut mampu meningkatkan keanjalan, mengimbangi kulit berminyak, merangsang pengeluaran kolagen dan mengurangkan kedutan. Madu juga merupakan antioksidan yang baik dan mampu untuk mengecilkan pori. Pukul sahaja putih telur bersama madu asli untuk dijadikan pupur wajah dan gunakannya dua kali seminggu.
✔Madu untuk rambut cantik
Madu turut digunakan secara turun-temurun sebagai pelembap rambut semula jadi. Ia turut mampu menjadikan rambut anda bersinar-sinar. Caranya mudah sahaja hanya dengan mencampurkan satu sudu madu asli, sider epal dengan air suam dan bilas rambut anda dengan campuran tersebut setelah mencuci rambut. Biarkan selama satu jam dan bilas dengan lembut. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
✔Madu bantu cantik dari dalam
Madu membantu anda untuk menjadi lebih sihat serta turut digunakan sebagai penawar penyakit. Madu dikatakan boleh merawat penyakit diabetes dan menghalang osteoporosis. Ia turut melambatkan menopaus, merawat penyakit rabun jauh, membantu penghadaman dan mengubati cirit birit. Bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, ambillah madu sekali atau dua kali sehari kerana ia mampu mengurangkan berat badan dan kolesterol. Tetapi, gunakan sudu plastik ketika mengambilnya kerana sudu besi dikatakan akan menghilangkan khasiatnya.
✔Hati-hati dengan madu tiruan
Madu yang berkhasiat hanyalah madu yang asli. Di Malaysia hanya 23 peratus daripada madu yang terjual adalah madu yang dihasilkan daripada nektar lebah. Selebihnya adalah madu yang diperbuat daripada tebu ataupun madu campuran. Anda perlu tahu membezakan di antara madu palsu dan madu yang asli. Caranya mudah sahaja, masukkan sedikit madu ke dalam peti beku dan sekiranya madu itu tidak membeku, ia adalah madu asli. Anda tidak perlu risau untuk membiarkan madu di atas meja makan kerana sekiranya ia asli, semut tidak akan ‘berminat’ dengannya.
Nak tahu cara penyediaan madu lemon ???
Follow to the next entry
Tiada ulasan:
Catat Ulasan