Selasa, 23 Disember 2014

Hadiah untuk ibu

Tiba-tiba nak menangis dengar kisah benar hari ini yang diceritakan oleh seorang alim di barat...

Seorang suami ni ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.

Isterinya diam dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang..

Suaminya terkejut dan tanya siapa pula sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah..

Suaminya terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..

Dia pun bawa ibunya. Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.

Berbual panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap panjang dengan anaknya..

Tanya dia pada ibunya. Ok ke ibu. Ibu seronok ker?

Jawabnya ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.

Nanti saya bawa ibu lagi yer.

Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan ajak kamu ke sini..

Setelah itu dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari..tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa sekejap-sekejap sahaja..

Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.

Tidak berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah dibayar...

Dia pun makan. Masa makan dia dapat sikit nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya. 

Kata ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..

Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak.

Itulah mak.....ya Allah tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka...

Kadang-kadang ada orang rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka bernyawa.

Jadilah anak soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar

Hargailah ibubapa dan ibubapa mertua kita. Sayangilah mereka. Minta maaf. Buat baik.

Sumber dari wassap

Khamis, 4 Disember 2014

RON95 vs RON97

Esok kita pakai mnyak : Antara minyak RON95 dgn RON97

ORANG KAYA sahaja guna Minyak RON95 RM2.30, yang susah tapi cerdik akan guna Minyak RON97, iaitu minyak yang harga mahal. KENAPA??

Yang mana lebih murah RON97 atau RON95???

Tengok pengiran ;
Isi RON95 RM20 = 8.69 Lt = km 60
Isi RON97 RM20 = 7.27 Lt = km 80
Mana yang murah RON95 atau RON97

RON97 mahal, dapat sikit tapi km lebih dan berkualiti..
RON95 murah, dapat banyak tapi km sikit dan tak kualiti..
Cuba sendiri..

Siapa guna RON95 orang kaya ..
Yang br nk cerdik guna RON97 sahaja..

Kena tipu begitu sahaja dengan minyak murah. Minyak mahal lagi murah dari minyak murah tapi mahal..

Dari Kemaman ke Pasir Mas RON97, RM60 sahaja, RON95 RM90!

Anda semua, jangan kena tipu lagi ya... semua tu psycho mind kita saja
[ RON 95

RM2.30 +
SUBSIDI RM0.65
_______
=RM2.95

RON 97

RM 2.55
SUBSIDI RM 0.00
_________
= RM 2.55

*RON 95
LEBIH MAHAL DARI
RON 97
Ini fakta...
Harga minyak dunia sekarang $ 75.58 @ RM 253.44 setong @ 1 barrel
1 barrel bersamaan 159 liter...

Harga seliter :-

159 liter = RM 253.44
1 liter = RM 253.44 / 159
= RM 1.59

RM 1.59 - RM 0.20 (subsidi) = RM 1.39
Harga runcit utk 1 liter = RM 2.30

RM 2.30 - RM 1.39 = RM 0.91

Siapa bg siapa subsidi?????copy paste dr group technical honda.n Shell technical plan....⛽⛽⛽⛽

Rabu, 26 November 2014

Pastikan supplement anda bebas Chondroitin !!

Kenapa doktor masih memberi Chondroitin kepada pesakit walaupun membahayakan ?



Kebanyakan supplement lain , chondroitin diekstrak dari sumber tulang rawan (cartilage lembu) dan kemungkinan tercemar sewaktu pemprosesan

Chondroitin berinteraksi dengan warfarin (ubat penipis darah ) akan meningkatkan kesan warfarin , menyebabkan lebam dan pendarahan dalaman yang teruk
Walaubagaimanapun Chondroitin mempunyai rekod keselamatan yang baik . Dalam satu kajian yang dilakukan untuk mengkaji kesan sampinngan  supplement ke atas 3063 pesakit mendapati ia tiada kesan sampingan yang serius dan dianggap sebagai supplement yang selamat digunakan.

Kesan sampingan :

-ketidakselesaan perut

-muntah dan loya

-gastrik dan pedih ulu hati

-cirit-birit

-dahaga

-penyahidratan

-angin

-sakit tekak


Dalam badan manusia terdapat 206 tulang yang disambungkan kepada 360 sendi dan setiap satu mempunyai fungsi tersendiri.

Sendi boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu yang boleh bergerak atau sendi sinovial yang mewakili 90 peratus sendi di badan, sendi separa bergerak atau sendi berserat (yang menyambungkan tulang kaki) dan sendi yang tidak boleh bergerak langsung seperti tengkorak.kerosakan tulang rawan ini adalah sebahagian daripada proses penuaan. Malah 90 peratus daripada warga emas yang berumur 65 tahun ke atas mempunyai tanda-tanda ini.

Ubat-ubat baru seperti glucosamine, chondroitin dan diacerin adalah termasuk dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh di ambil bersama dengan analgesia. Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.

Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan membantu melicinkan pergerakan sendi. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan sakit sendi kerana geseran.

Chondroitin pula boleh menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil pada peringkat awal osteoartritis sementara 
Diacerin adalah untuk mengurangkan radang di sekitar sendi di samping dikatakan boleh menolong mengurangkan sakit akibat osteoarthritis.

Namun sekiranya berlarutan, pesakit boleh meminta untuk melakukan pembedahan.

Sumber :
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2)http://drzubaidi.com/blog/suplemen-glucosamine-dan-chondroitin-untuk-pesakit-arthritis-lutut/

KEBURUKAN GLUCOSAMINE



Nama generik

Glucosamine Sulfat

Kegunaan

Untuk melegakan gejala osteoartritis, iaitu: sakit dan fungsi sendi.

Mekanisma tindakan

Glucosamine sulfat merangsang penghasilan cecair synovial untuk fungsi sendi dan merangsang pembaikan sendi.

Glucosamine sulfat menyediakan aktiviti pelincir untuk cecair sinovial, ia meningkatkan kelikatan cecair synovial dan meningkatkan pengeluaran.

Oleh itu, Glucosamine sulfat memberikan kesan terapeutik seperti:-
Mengurangkan kesakitan artikular
Meningkatkan fungsi artikular
Menghalang proses degeneratif articular

Kontraindikasi:

Hipersensitiviti (Tindakbalas berlebihan system imun badan terhadap bendasing sehingga menyebabkan gejala penyakit) terhadap glucosamine atau kepada mana-mana eksipien. Oleh kerana bahan aktif diperolehi daripada makanan laut (kerang), produk ini tidak boleh diberikan kepada pesakit yang alah kepada kerang.

Amaran:

This product is an adjuvant therapy Produk ini adalah terapi tambahan dan kesan terapeutik hanya boleh dilihat selepas 1 minggu pengambilan. Oleh itu, sekiranya berasa sakit adalah perlu untuk mengambil ubat anti keradangan selama beberapa hari di awal rawatan.

Pesakit yang sedang mengawal pengambilan sodium perlu diberi perhatian. Pengambilan ubat ini oleh pesakit dengan masalah hepatic atau buah pinggang yang teruk juga perlu pengawasan daripada pengamal perubatan.

Disebabkan kekurangan bukti saintifik kesan pengambilan ubat ini terhadap fungsi reproduktif manusia atau pada susu ibu, adalah disyorkan pengambilannya semasa hamil dan penyusuan di bawah pengawalan pegawai perubatan. Pengambilan semasa trimester pertama juga harus dielakkan.

Interaksi Ubat:

Glucosamine boleh mengurangkan fungsi insulin dan akibatnya menjejaskan paras glukosa dalam darah.

Oleh itu, apabila pesakit kencing manis yang sedang dalam rawatan perubatan mengambil glucosamine, pesakit perlu memantau glukosa darah mereka dan mungkin perlu menyesuaikan dos ubat-ubatan yang mereka ambil untuk mengawal glukosa darah. Ini perlu dilakukan di bawah pengawasan pegawai perubatan.

Jangan ambil Glucosamine Sulfat jika anda mengambil warfarin. Banyak ubat-ubatan semulajadi boleh berinteraksi dengan warfarin yang digunakan untuk melambatkan pembekuan darah.Terdapat beberapa laporan yang menunjukkan bahawa pengambilan Glucosamine Sulfat dengan atau tanpa kondroitin meningkatkan kesan warfarin, menyebabkan pembekuan darah. Ini boleh menyebabkan lebam dan pendarahan yang serius.

Bagaimana untuk menggunakan ubat ini:

Dos:

Maksimum1,500 mg setiap hari

Ia boleh diambil sama ada 1,500 mg sehari

Atau 500mg tiga kali sehari..

Cara pengambilan:

Glucosamine dalam bentuk serbuk

Larutkan dalam segelas air dan minum.

Kapsul dan tablet

Telan ubat bersama segelas air.

Masa pengambilan:

Glucosamine biasanya diambil bersama makanan pada waktu makan.

Jangkamasa pengambilan:

Gejala osteoartritis yang teruk:

Rawatan awal 500mg tiga kali sehari disyorkan dalam tempoh sekurang-kurangnya 8 minggu.

Terapi susulan:

Pengambilan ubat harus diikuti selama 3-4 bulan (mengikut preskripsi perubatan )dengan dos pengambilan 500mg dua kali sehari. Rawatan ini perlu diulangi setiap 6 bulan atau kurang mengikut preskripsi perubatan.

Jika terlupa dos:

Ambil dos ubat sebaik sahaja anda teringat. Jika ia hampir masa untuk dos seterusnya, tunggu sehingga waktu seterusnya untuk mengambil ubat. Jangan menggandakan dos.

Sepanjang pengambilan ubat ini:

Anda perlu memberitahu doctor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain, mengandung, menyusu atau alah kepada kerang.

Kesan sampingan

Semua ubat-ubatan mungkin mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini .Ianya mungkin menyebabkan kesan yang serius atau tidak. Beritahu doctor atau ahli farmasi jika anda mempunyai sebarang kesan sampingan yang teruk atau berterusan.

Kesan sampingan yang mungkin berlaku
Gastro usus - Loya ,muntah , cirit-birit , dyspepsia atau kembung perut , sembelit, pedih ulu hati dan Aneroxia
Reaksi kulit - ruam kulit, erythema (kemerahan kulit akibat pengembangan kapilari darah), pruritus (gatal yang teruk), dermatitis (keradangankulit), ruam papular, urtikaria dan ekzema.
Sistem saraf - Rasa mengantuk, sakit kepala, sukar tidur (insomnia).

Penyimpanan dan pelupusan
Jangan ambil ubat yang telah luput.
Jangan simpan ubat pada suhu melebihi 30'C.
.Tarikh tamat terpakai kepada produk yang disimpan dengan betul di dalam pakej yang utuh. Simpan di tempat yang jauh dari jangkauan kanak-kanak.

Dalam kes dos berlebihan

Sekiranya mengambil dos berlebihan dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Rujukan :
Artril Forte (Glucosamine Sulphate), AV Manufacturing Sdn. Bhd.(risalah produk)
Persiani S, Rotini R, Trisolino G, et al. Synovial and plasma glucosamine concentrations in osteoarthritic patients following oral crystalline glucosamine sulphate at therapeutic dose.Osteoarthritis Cartilage 2007;15:764-72.
Viartril-S 500 (Glucosamine Sulfate), ROTTAPHARM Ltd.(risalah produk)
Yue QY, Strandell J, Myrberg O. Concomitant use of glucosamine may potential the effect of warfarin. The Uppsala Monitoring Centre. Available at: http://www.who-umc.org/graphics/25284.pdf (Accessed 1st August 2013)

Testimoni SAKIT SENDI TULANG


Tips rawatan sakit sendi dan tulang dirumah


Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang.Sendi-sendi anda ada dibahagian bahu, pergelangan tangan,punggung, lutut,buku lali,dan jari kaki dan tangan.

Kenapa mengalami kesakitan sendi ?

mungkin melakukan aktiviti yang berat seperti mengangkat berat,Postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul dan menyebabkan terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak menyebabkan sakit sendi,Obesiti,Kecacatan anggota,Kecederaan disebabkan kemalangan atau bersukan.Sakit sendi arthritis,Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit,Penyakit tulang,Ketumbuhan,Jangkitan kuman,Penyakit kronik,Ubat-ubatan


Bagaimana merawat sendiri sakit sendi tulang ?

Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi dengan penggunaan pengampu(splint). Kenakan ais yang dilipat dalam tuala pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan atau keradangan.Selangkan penggunaan pek sejuk dan panas selepas 3 hari. Urut lembut membantu peredaran darah.Kurangkan berat badan.Guna kasut bertumit rendah

Bila Harus Berjumpa Doktor?
Mengalami sakit berlarutan walaupun telah merawatnya sendiri,bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat paracetamol.Patut berjumpa doktor jika sakit sendi disebabkan kecederaan.Sakit disertai dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemaH. Mengalami penurunan berat badan yang serius,Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar,Sakit sendi yang bengkak dan merah,Anda penghidap HIV atau kanser

Rawatan sakit sendi dan pencegahan
Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok,Elakkan mengangkat barang berat semasa sakit,senaman kerap akan memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
Pengurangan berat badan boleh membantu,amalkan regangan dan rehat apabila memandu terlalu lama, berdiri atau duduk yang lama

Doktor mungkin menasihatkan agar mengambil ubat Glucosamine dan chondroitin untuk nutrient sendi . 

Disini saya kongsikan dengan anda testimoni yg berjaya dengan set sendi Advance Joint Health , Omega dan Ostematrix :







TESTIMONI 1


TESTIMONI 2


TESTIMONI 3


TESTIMONI 4


TESTIMONI 5


TESTIMONI 6


TESTIMONI 7


TESTIMONI 8


TESTIMONI 9

Selasa, 25 November 2014

Kanser Usus


Bawah ni saya kongsi kisah seorang warga tua , Mary yg menghidap kanser usus .. 


Pada bulan Mac, Mary, 68 telah dikhabarkan dia hanya mempunyai tempoh antara 3 hingga 6 bulan sahaja lagi untuk hidup selepas menderita rawatan kanser usus selama 7 tahun. Kemudian dia mula mengambil Set Kanser Shaklee termasuk 2 peket Nutriferon setiap hari. Selepas 3 minggu dia menelefon saya untuk memberitahu keputusan ujian CEA (CEA bermaksud ujian darah Carcinoembryonic Antigen - ujian darah yang memantau protein yang menunjukkan kehadiran kanser) telah menurun dari 17 kepada 11, dan dia sangat teruja. 

Ini kali pertama berlaku penurunan sejak dia diberi rawatan 7 tahun dahulu. Saya menerima panggilan Mary ketika sedang menghadiri perjumpaan Shaklee dan dicadangkan mengambil Nutriferon 4 ke 6 peket sehari. Saya menyampaikan perkara tersebut kepada Mary dan dia menambah kuntiti Nutriferon setiap hari. Dia semakin teruja, ujian imbasan menunjukkan penurunan dari segi saiz dan bilangan tumor di dalam badannya. 

Jadi, dalam masa 6 bulan selepas mengambil Shaklee dia keluar melancong 2 bulan ke Italy. Mary akhirnya mengambil 15 Nutriferon sehari dan rasa rasa dia masih dengan regimen tersebut. Pada May 2007, dia pergi semula ke hospital yang meletak tempoh hayat dia, pakar bedah memberitahu yang dia sepatutnya telah mati pada 2004; bagaimanapun kini dia bebas dari kanser.

Cadangan saya .. mencegah lebih elok dari merawat .. kita ikhtiar , kita cuba menjaga usus kita dengan cara detox .. bukan setakat usus je dengan badan-badan kita kasi detox .. bonus lain yg kita dapat selain usus bersih adalah kurus dan kulit bebas jerawat insyaAllah .. xde dah mimpi ngeri nak ke toilet sebab sembelit sebab set ni adalah herba dan kaya dengan serat .. Saya syorkan kawan-kawan cuba SET DETOX seperti alfalfa , herblax dan Cinch Energy Tea Mix

Sumber : http://n.b5z.net/i/u/10007147/f/CANCER_Short_Story._.__with_Bill_Fullilove_s_picture.pdf





















Jambatan Ilmu

Ust Pahrol Mohd Joui.

Dunia Hanya Jambatan

Ikim.fm 26.11.2014
***************

^dua nikmat besar iaitu nikmat iman dan nikmat islam adalah utk keselamatan kita di dunia dan di akhirat

^kata muqarrabbin........"jika dunia ini diibaratkan sebagai emas yg cepat rosak dan juga sebagai tembikar yg diawet (tahan lama)........org akan memilih tembikar tersebut berbanding dgn emas

^dunia ini penuh dgn kekeruhan (sakit, susah, tak selesa, duka dan nestapa)

^akhirat (syurga) sedikit pun tiada kekeruhan

^dunia adalah halangan utk kita ke akhirat

^akhirat itu lebih baik dari dunia

^ Surah An-Nisa, Ayat 77
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".

^mencintai syurga (akhirat) tidak semestinya kita meminggirkan dunia

^jadikan dunia ini sbgai modal utk kita ke akhirat

^dunia hanyalah alat (jambatan) utk ke akhirat.

^'nikmat' (kaya, pangkat, kecantikan, pakaian, makanan, kesihatan, anak2, isteri) dunia haruslah ditukarkan kpd 'rahmat' utk akhirat (sesuatu yg bernilai di akhirat)

^nikmat dunia harus ditukarkan dlm bentuk taqwa, kerana hanya taqwa shj yg akan dipandang oleh Allah di akhirat nanti

^buatlah persiapan sebaik mungkin utk bekalan kita di akhirat.

^dua perkara yg membawa kita ke syurga
  1. Taqwa (hubungan dgn Allah)
  2. Akhlak (hubungan  dgn manusia)

^utk menyampaikan message yg baik (dakwah), kita dulu harus menjadi message itu sendiri.

Bagaimana utk istiqmah dlm melakukan kebaikan??

1. Jgn fikirkan yg banyak.......biar sedikit tapi konsisten
2. Buatlah amalan2 secara berjemaah supaya ada kekuatan utk istiqamah
3. Tambahkan ilmu.......kerana ilmu akan mendorong kita utk istiqamah
4. Istiqamah itu milik Allah, maka pohonlah kpd Allah agar kita boleh istiqamah dlm beribadat

Dunia ini singkat dan dekat, akhirat itu jauh tetapi berpanjangan (kekal)

Gunakan 'dunia' utk kebaikan akhirat..