SAYA berusia 36 tahun dan kini sedang mengandung anak ketiga dengan usia kandungan sudah tujuh bulan. Masalahnya, saya kini berasa sakit dan pedih di sekitar kemaluan dan kedua-dua belah paha apabila berjalan, berdiri terlalu lama dan apabila bangun jika duduk dalam tempoh yang lama. Perlukah saya berurut untuk mengurangkan kesakitan itu? Selain itu, saya baru mengambil ujian glukosa darah yang disebut OGTT oleh doktor pada minggu lepas dan keputusannya adalah 9.0 mmol/L (berpuasa) dan 11 mmol/L selepas dua jam minum glukosa. Adakah keadaan ini akan berterusan sehingga saya bersalin dan apakah keburukannya pada bayi saya?
Jawapan:
Terima kasih Puan Mas. Soalan yang ditanya agak biasa dialami oleh wanita yang sedang hamil. Elok sangatlah soalan ini dikongsi bersama.
Kesakitan yang dialami boleh merupakan masalah biasa sewaktu kehamilan akibat tekanan kandungan kepada anggota bahagian bawah. Anda mungkin dapat mengurangkan kesakitan ini jika berada pada posisi tertentu (contohnya bersandar sewaktu duduk) serta tidak berada dalam posisi sama untuk masa lama. Sekiranya berurut atau mengusap di bahagian kaki dapat mengurangkan kesakitan, keadaan ini tidak menjadi masalah. Elakkan berurut pada bahagian abdomen (termasuk kawasan ari-ari) kerana dikhuatiri urutan boleh memberi tekanan secara tiba-tiba kepada kandungan, ini boleh menyebabkan keadaan uri lekang (abruptio placenta) dan sangat berbahaya.
Paras glukosa darah Puan berada dalam tahap diabetes. Keadaan ini dipanggil sebagai gestational diabetes iaitu diabetes ketika hamil. Semasa hamil, diabetes akan berlaku kerana paras glukosa ibu melebihi paras normal. . Lebih kurang dalam lima peratus wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70 peratus daripada mereka akan pulih daripada gejala tersebut.
"Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras glukosa tersebut akan kembali normal selepas bersalin . Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan menghidap diabetes jenis kedua di kemudian hari. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi"
Pankreas kita akan menghasilkan hormon yang dipanggil insulin, yang dapat membantu glukosa dalam darah untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan . Bagaimanapun jika persediaan pankreas adalah terhad, penghasilan insulin adalah tidak mencukupi dan paras glukosa dalam darah akan meningkat dan diabetes semasa hamil akan berlaku selepas itu.
Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas tiga bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon. Kepada ibu-ibu yang menghidap diabetes sebelum kehamilan bermula, penyakit diabetes akan menjadi lebih melarat dan si ibu tersebut memerlukan lebih banyak rawatan dan ubat-ubatan.
Antara yang berisiko ialah :
* Wanita hamil berumur lebih 35 tahun
* Ada sejarah ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal
* Menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu
* Berat badan sebelum hamil melebihi 80 kilogram
* Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kilogram
* Wanita yang hamil kembar atau hydramnions.
* Mempunyai tanda-tanda dan simptom diabetes seperti berat badan melebihi 80 kilogram
* Terdapat glukosa (gula) di dalam air kencing
* Berat badan naik mendadak
* Mempunyai faktor-faktor seperti di atas.
Bagaimanapun, kebanyakan ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya. Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom. Oleh itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian rutin pemeriksaan hamil dari 22 minggu ke 24 minggu kehamilan di kebanyakan klinik.
Hubungi saya untuk konsultasi yg ekslusif dan berterusan
Homaeda Humaili
013.50.456.50
013.50.456.50
STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan