Wanita yang menghidap diabetes semasa hamil juga berisiko tinggi kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas dua bulan hamil, bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin, bayi yang mempunyai saiz yang melebihi empat kg akan mendapat risiko kecederaan bahu semasa proses bersalin (shoulder dystocia), aras glukosa dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin menyebabkan hipoglisemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap.
Gestational diabetes juga boleh mengakibatkan wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap pre-eclampsia (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil, seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih dan 50 peratus daripada wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis kedua kemudian hari.
Tujuan merawat diabetes semasa hamil adalah untuk mengekalkan paras glukosa dalam darah kepada normal. Wanita mengandung yang mempunyai diabetes semasa hamil perlu menjalani ujian glukosa darah sebelum waktu sarapan (puasa), sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan dua jam selepas makan malam.
Profil paras glukosa perlu dibuat dua minggu sekali atau sebulan sekali. Ibu yang mengalami gestational diabetes perlu mendapatkan nasihat pemakanan daripada pakar pemakanan dan jika paras glukosa di luar kawalan, mereka perlu mendapat rawatan insulin.
Hubungi saya untuk konsultasi yg ekslusif dan berterusan
Homaeda Humaili
013.50.456.50
STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa013.50.456.50
Tiada ulasan:
Catat Ulasan