Selasa, 23 Disember 2014

Hadiah untuk ibu

Tiba-tiba nak menangis dengar kisah benar hari ini yang diceritakan oleh seorang alim di barat...

Seorang suami ni ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.

Isterinya diam dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang..

Suaminya terkejut dan tanya siapa pula sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah..

Suaminya terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..

Dia pun bawa ibunya. Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.

Berbual panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap panjang dengan anaknya..

Tanya dia pada ibunya. Ok ke ibu. Ibu seronok ker?

Jawabnya ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.

Nanti saya bawa ibu lagi yer.

Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan ajak kamu ke sini..

Setelah itu dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari..tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa sekejap-sekejap sahaja..

Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.

Tidak berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah dibayar...

Dia pun makan. Masa makan dia dapat sikit nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya. 

Kata ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..

Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak.

Itulah mak.....ya Allah tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka...

Kadang-kadang ada orang rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka bernyawa.

Jadilah anak soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar

Hargailah ibubapa dan ibubapa mertua kita. Sayangilah mereka. Minta maaf. Buat baik.

Sumber dari wassap

Khamis, 4 Disember 2014

RON95 vs RON97

Esok kita pakai mnyak : Antara minyak RON95 dgn RON97

ORANG KAYA sahaja guna Minyak RON95 RM2.30, yang susah tapi cerdik akan guna Minyak RON97, iaitu minyak yang harga mahal. KENAPA??

Yang mana lebih murah RON97 atau RON95???

Tengok pengiran ;
Isi RON95 RM20 = 8.69 Lt = km 60
Isi RON97 RM20 = 7.27 Lt = km 80
Mana yang murah RON95 atau RON97

RON97 mahal, dapat sikit tapi km lebih dan berkualiti..
RON95 murah, dapat banyak tapi km sikit dan tak kualiti..
Cuba sendiri..

Siapa guna RON95 orang kaya ..
Yang br nk cerdik guna RON97 sahaja..

Kena tipu begitu sahaja dengan minyak murah. Minyak mahal lagi murah dari minyak murah tapi mahal..

Dari Kemaman ke Pasir Mas RON97, RM60 sahaja, RON95 RM90!

Anda semua, jangan kena tipu lagi ya... semua tu psycho mind kita saja
[ RON 95

RM2.30 +
SUBSIDI RM0.65
_______
=RM2.95

RON 97

RM 2.55
SUBSIDI RM 0.00
_________
= RM 2.55

*RON 95
LEBIH MAHAL DARI
RON 97
Ini fakta...
Harga minyak dunia sekarang $ 75.58 @ RM 253.44 setong @ 1 barrel
1 barrel bersamaan 159 liter...

Harga seliter :-

159 liter = RM 253.44
1 liter = RM 253.44 / 159
= RM 1.59

RM 1.59 - RM 0.20 (subsidi) = RM 1.39
Harga runcit utk 1 liter = RM 2.30

RM 2.30 - RM 1.39 = RM 0.91

Siapa bg siapa subsidi?????copy paste dr group technical honda.n Shell technical plan....⛽⛽⛽⛽

Rabu, 26 November 2014

Pastikan supplement anda bebas Chondroitin !!

Kenapa doktor masih memberi Chondroitin kepada pesakit walaupun membahayakan ?



Kebanyakan supplement lain , chondroitin diekstrak dari sumber tulang rawan (cartilage lembu) dan kemungkinan tercemar sewaktu pemprosesan

Chondroitin berinteraksi dengan warfarin (ubat penipis darah ) akan meningkatkan kesan warfarin , menyebabkan lebam dan pendarahan dalaman yang teruk
Walaubagaimanapun Chondroitin mempunyai rekod keselamatan yang baik . Dalam satu kajian yang dilakukan untuk mengkaji kesan sampinngan  supplement ke atas 3063 pesakit mendapati ia tiada kesan sampingan yang serius dan dianggap sebagai supplement yang selamat digunakan.

Kesan sampingan :

-ketidakselesaan perut

-muntah dan loya

-gastrik dan pedih ulu hati

-cirit-birit

-dahaga

-penyahidratan

-angin

-sakit tekak


Dalam badan manusia terdapat 206 tulang yang disambungkan kepada 360 sendi dan setiap satu mempunyai fungsi tersendiri.

Sendi boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu yang boleh bergerak atau sendi sinovial yang mewakili 90 peratus sendi di badan, sendi separa bergerak atau sendi berserat (yang menyambungkan tulang kaki) dan sendi yang tidak boleh bergerak langsung seperti tengkorak.kerosakan tulang rawan ini adalah sebahagian daripada proses penuaan. Malah 90 peratus daripada warga emas yang berumur 65 tahun ke atas mempunyai tanda-tanda ini.

Ubat-ubat baru seperti glucosamine, chondroitin dan diacerin adalah termasuk dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh di ambil bersama dengan analgesia. Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.

Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan membantu melicinkan pergerakan sendi. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan sakit sendi kerana geseran.

Chondroitin pula boleh menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil pada peringkat awal osteoartritis sementara 
Diacerin adalah untuk mengurangkan radang di sekitar sendi di samping dikatakan boleh menolong mengurangkan sakit akibat osteoarthritis.

Namun sekiranya berlarutan, pesakit boleh meminta untuk melakukan pembedahan.

Sumber :
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2)http://drzubaidi.com/blog/suplemen-glucosamine-dan-chondroitin-untuk-pesakit-arthritis-lutut/

KEBURUKAN GLUCOSAMINE



Nama generik

Glucosamine Sulfat

Kegunaan

Untuk melegakan gejala osteoartritis, iaitu: sakit dan fungsi sendi.

Mekanisma tindakan

Glucosamine sulfat merangsang penghasilan cecair synovial untuk fungsi sendi dan merangsang pembaikan sendi.

Glucosamine sulfat menyediakan aktiviti pelincir untuk cecair sinovial, ia meningkatkan kelikatan cecair synovial dan meningkatkan pengeluaran.

Oleh itu, Glucosamine sulfat memberikan kesan terapeutik seperti:-
Mengurangkan kesakitan artikular
Meningkatkan fungsi artikular
Menghalang proses degeneratif articular

Kontraindikasi:

Hipersensitiviti (Tindakbalas berlebihan system imun badan terhadap bendasing sehingga menyebabkan gejala penyakit) terhadap glucosamine atau kepada mana-mana eksipien. Oleh kerana bahan aktif diperolehi daripada makanan laut (kerang), produk ini tidak boleh diberikan kepada pesakit yang alah kepada kerang.

Amaran:

This product is an adjuvant therapy Produk ini adalah terapi tambahan dan kesan terapeutik hanya boleh dilihat selepas 1 minggu pengambilan. Oleh itu, sekiranya berasa sakit adalah perlu untuk mengambil ubat anti keradangan selama beberapa hari di awal rawatan.

Pesakit yang sedang mengawal pengambilan sodium perlu diberi perhatian. Pengambilan ubat ini oleh pesakit dengan masalah hepatic atau buah pinggang yang teruk juga perlu pengawasan daripada pengamal perubatan.

Disebabkan kekurangan bukti saintifik kesan pengambilan ubat ini terhadap fungsi reproduktif manusia atau pada susu ibu, adalah disyorkan pengambilannya semasa hamil dan penyusuan di bawah pengawalan pegawai perubatan. Pengambilan semasa trimester pertama juga harus dielakkan.

Interaksi Ubat:

Glucosamine boleh mengurangkan fungsi insulin dan akibatnya menjejaskan paras glukosa dalam darah.

Oleh itu, apabila pesakit kencing manis yang sedang dalam rawatan perubatan mengambil glucosamine, pesakit perlu memantau glukosa darah mereka dan mungkin perlu menyesuaikan dos ubat-ubatan yang mereka ambil untuk mengawal glukosa darah. Ini perlu dilakukan di bawah pengawasan pegawai perubatan.

Jangan ambil Glucosamine Sulfat jika anda mengambil warfarin. Banyak ubat-ubatan semulajadi boleh berinteraksi dengan warfarin yang digunakan untuk melambatkan pembekuan darah.Terdapat beberapa laporan yang menunjukkan bahawa pengambilan Glucosamine Sulfat dengan atau tanpa kondroitin meningkatkan kesan warfarin, menyebabkan pembekuan darah. Ini boleh menyebabkan lebam dan pendarahan yang serius.

Bagaimana untuk menggunakan ubat ini:

Dos:

Maksimum1,500 mg setiap hari

Ia boleh diambil sama ada 1,500 mg sehari

Atau 500mg tiga kali sehari..

Cara pengambilan:

Glucosamine dalam bentuk serbuk

Larutkan dalam segelas air dan minum.

Kapsul dan tablet

Telan ubat bersama segelas air.

Masa pengambilan:

Glucosamine biasanya diambil bersama makanan pada waktu makan.

Jangkamasa pengambilan:

Gejala osteoartritis yang teruk:

Rawatan awal 500mg tiga kali sehari disyorkan dalam tempoh sekurang-kurangnya 8 minggu.

Terapi susulan:

Pengambilan ubat harus diikuti selama 3-4 bulan (mengikut preskripsi perubatan )dengan dos pengambilan 500mg dua kali sehari. Rawatan ini perlu diulangi setiap 6 bulan atau kurang mengikut preskripsi perubatan.

Jika terlupa dos:

Ambil dos ubat sebaik sahaja anda teringat. Jika ia hampir masa untuk dos seterusnya, tunggu sehingga waktu seterusnya untuk mengambil ubat. Jangan menggandakan dos.

Sepanjang pengambilan ubat ini:

Anda perlu memberitahu doctor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain, mengandung, menyusu atau alah kepada kerang.

Kesan sampingan

Semua ubat-ubatan mungkin mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini .Ianya mungkin menyebabkan kesan yang serius atau tidak. Beritahu doctor atau ahli farmasi jika anda mempunyai sebarang kesan sampingan yang teruk atau berterusan.

Kesan sampingan yang mungkin berlaku
Gastro usus - Loya ,muntah , cirit-birit , dyspepsia atau kembung perut , sembelit, pedih ulu hati dan Aneroxia
Reaksi kulit - ruam kulit, erythema (kemerahan kulit akibat pengembangan kapilari darah), pruritus (gatal yang teruk), dermatitis (keradangankulit), ruam papular, urtikaria dan ekzema.
Sistem saraf - Rasa mengantuk, sakit kepala, sukar tidur (insomnia).

Penyimpanan dan pelupusan
Jangan ambil ubat yang telah luput.
Jangan simpan ubat pada suhu melebihi 30'C.
.Tarikh tamat terpakai kepada produk yang disimpan dengan betul di dalam pakej yang utuh. Simpan di tempat yang jauh dari jangkauan kanak-kanak.

Dalam kes dos berlebihan

Sekiranya mengambil dos berlebihan dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Rujukan :
Artril Forte (Glucosamine Sulphate), AV Manufacturing Sdn. Bhd.(risalah produk)
Persiani S, Rotini R, Trisolino G, et al. Synovial and plasma glucosamine concentrations in osteoarthritic patients following oral crystalline glucosamine sulphate at therapeutic dose.Osteoarthritis Cartilage 2007;15:764-72.
Viartril-S 500 (Glucosamine Sulfate), ROTTAPHARM Ltd.(risalah produk)
Yue QY, Strandell J, Myrberg O. Concomitant use of glucosamine may potential the effect of warfarin. The Uppsala Monitoring Centre. Available at: http://www.who-umc.org/graphics/25284.pdf (Accessed 1st August 2013)

Testimoni SAKIT SENDI TULANG


Tips rawatan sakit sendi dan tulang dirumah


Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang.Sendi-sendi anda ada dibahagian bahu, pergelangan tangan,punggung, lutut,buku lali,dan jari kaki dan tangan.

Kenapa mengalami kesakitan sendi ?

mungkin melakukan aktiviti yang berat seperti mengangkat berat,Postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul dan menyebabkan terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak menyebabkan sakit sendi,Obesiti,Kecacatan anggota,Kecederaan disebabkan kemalangan atau bersukan.Sakit sendi arthritis,Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit,Penyakit tulang,Ketumbuhan,Jangkitan kuman,Penyakit kronik,Ubat-ubatan


Bagaimana merawat sendiri sakit sendi tulang ?

Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi dengan penggunaan pengampu(splint). Kenakan ais yang dilipat dalam tuala pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan atau keradangan.Selangkan penggunaan pek sejuk dan panas selepas 3 hari. Urut lembut membantu peredaran darah.Kurangkan berat badan.Guna kasut bertumit rendah

Bila Harus Berjumpa Doktor?
Mengalami sakit berlarutan walaupun telah merawatnya sendiri,bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat paracetamol.Patut berjumpa doktor jika sakit sendi disebabkan kecederaan.Sakit disertai dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemaH. Mengalami penurunan berat badan yang serius,Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar,Sakit sendi yang bengkak dan merah,Anda penghidap HIV atau kanser

Rawatan sakit sendi dan pencegahan
Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok,Elakkan mengangkat barang berat semasa sakit,senaman kerap akan memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
Pengurangan berat badan boleh membantu,amalkan regangan dan rehat apabila memandu terlalu lama, berdiri atau duduk yang lama

Doktor mungkin menasihatkan agar mengambil ubat Glucosamine dan chondroitin untuk nutrient sendi . 

Disini saya kongsikan dengan anda testimoni yg berjaya dengan set sendi Advance Joint Health , Omega dan Ostematrix :







TESTIMONI 1


TESTIMONI 2


TESTIMONI 3


TESTIMONI 4


TESTIMONI 5


TESTIMONI 6


TESTIMONI 7


TESTIMONI 8


TESTIMONI 9

Selasa, 25 November 2014

Kanser Usus


Bawah ni saya kongsi kisah seorang warga tua , Mary yg menghidap kanser usus .. 


Pada bulan Mac, Mary, 68 telah dikhabarkan dia hanya mempunyai tempoh antara 3 hingga 6 bulan sahaja lagi untuk hidup selepas menderita rawatan kanser usus selama 7 tahun. Kemudian dia mula mengambil Set Kanser Shaklee termasuk 2 peket Nutriferon setiap hari. Selepas 3 minggu dia menelefon saya untuk memberitahu keputusan ujian CEA (CEA bermaksud ujian darah Carcinoembryonic Antigen - ujian darah yang memantau protein yang menunjukkan kehadiran kanser) telah menurun dari 17 kepada 11, dan dia sangat teruja. 

Ini kali pertama berlaku penurunan sejak dia diberi rawatan 7 tahun dahulu. Saya menerima panggilan Mary ketika sedang menghadiri perjumpaan Shaklee dan dicadangkan mengambil Nutriferon 4 ke 6 peket sehari. Saya menyampaikan perkara tersebut kepada Mary dan dia menambah kuntiti Nutriferon setiap hari. Dia semakin teruja, ujian imbasan menunjukkan penurunan dari segi saiz dan bilangan tumor di dalam badannya. 

Jadi, dalam masa 6 bulan selepas mengambil Shaklee dia keluar melancong 2 bulan ke Italy. Mary akhirnya mengambil 15 Nutriferon sehari dan rasa rasa dia masih dengan regimen tersebut. Pada May 2007, dia pergi semula ke hospital yang meletak tempoh hayat dia, pakar bedah memberitahu yang dia sepatutnya telah mati pada 2004; bagaimanapun kini dia bebas dari kanser.

Cadangan saya .. mencegah lebih elok dari merawat .. kita ikhtiar , kita cuba menjaga usus kita dengan cara detox .. bukan setakat usus je dengan badan-badan kita kasi detox .. bonus lain yg kita dapat selain usus bersih adalah kurus dan kulit bebas jerawat insyaAllah .. xde dah mimpi ngeri nak ke toilet sebab sembelit sebab set ni adalah herba dan kaya dengan serat .. Saya syorkan kawan-kawan cuba SET DETOX seperti alfalfa , herblax dan Cinch Energy Tea Mix

Sumber : http://n.b5z.net/i/u/10007147/f/CANCER_Short_Story._.__with_Bill_Fullilove_s_picture.pdf





















Jambatan Ilmu

Ust Pahrol Mohd Joui.

Dunia Hanya Jambatan

Ikim.fm 26.11.2014
***************

^dua nikmat besar iaitu nikmat iman dan nikmat islam adalah utk keselamatan kita di dunia dan di akhirat

^kata muqarrabbin........"jika dunia ini diibaratkan sebagai emas yg cepat rosak dan juga sebagai tembikar yg diawet (tahan lama)........org akan memilih tembikar tersebut berbanding dgn emas

^dunia ini penuh dgn kekeruhan (sakit, susah, tak selesa, duka dan nestapa)

^akhirat (syurga) sedikit pun tiada kekeruhan

^dunia adalah halangan utk kita ke akhirat

^akhirat itu lebih baik dari dunia

^ Surah An-Nisa, Ayat 77
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".

^mencintai syurga (akhirat) tidak semestinya kita meminggirkan dunia

^jadikan dunia ini sbgai modal utk kita ke akhirat

^dunia hanyalah alat (jambatan) utk ke akhirat.

^'nikmat' (kaya, pangkat, kecantikan, pakaian, makanan, kesihatan, anak2, isteri) dunia haruslah ditukarkan kpd 'rahmat' utk akhirat (sesuatu yg bernilai di akhirat)

^nikmat dunia harus ditukarkan dlm bentuk taqwa, kerana hanya taqwa shj yg akan dipandang oleh Allah di akhirat nanti

^buatlah persiapan sebaik mungkin utk bekalan kita di akhirat.

^dua perkara yg membawa kita ke syurga
  1. Taqwa (hubungan dgn Allah)
  2. Akhlak (hubungan  dgn manusia)

^utk menyampaikan message yg baik (dakwah), kita dulu harus menjadi message itu sendiri.

Bagaimana utk istiqmah dlm melakukan kebaikan??

1. Jgn fikirkan yg banyak.......biar sedikit tapi konsisten
2. Buatlah amalan2 secara berjemaah supaya ada kekuatan utk istiqamah
3. Tambahkan ilmu.......kerana ilmu akan mendorong kita utk istiqamah
4. Istiqamah itu milik Allah, maka pohonlah kpd Allah agar kita boleh istiqamah dlm beribadat

Dunia ini singkat dan dekat, akhirat itu jauh tetapi berpanjangan (kekal)

Gunakan 'dunia' utk kebaikan akhirat..

Pesan Ustaz

PINJAM 3MINIT UTK BACA NI

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSI

Copy Paste dr Teman...
Allah Hu Robbi...bersyukur kerana ada teman yg baik utk mengingatkan kita..syukran..

Isnin, 24 November 2014

Apa yang kita sebut dan fikir adalah DOA

(cabar diri setiap hari)

Saya percaya ramai dah tahu kewujudan ioi mall putrajaya.dibuka lastweek. IOI telah menunaikan janji.Setahun yang lepas mereka pacak signboard kata shopping mall akan dibuka hujung 2014.

saya duduk area tu so setiap hari saya baca signboard tu sebab lalu jalan tu. waktu saya baca tu,dalam hati saya cakap,,eh biar betul diorang ni ..gilerr..boleh ker ni..isy2..keja giler...

tapi bayangkan berapa juta orang yang setiap hari baca signboard itu mendoakan mereka.. dan yang lebih menakutkan mereka perlu buktikan sebab dah janji kat satu malaysia. Hasilnya mereka berjaya siapkan lebih awal.iaitu pada 20Nov. greatttt

Teringat kisah saya(nakk jugakkk ceritaa..hahha). April 2010 saya declare target saya ,buat bisnes part time target nak resign selepas 3tahun,bulanan dlm 20k.

waktu tu targett sedemikian memang menakutkan sebab takde sape lagi dlm
grup dah buktikan boleh atau capai target tu.takde lagi yg dpt income puluh ribu,takde lagi yg dh buktkan resign buat shaklee ..mmg xde nama langsung laa shaklee ni..

org mmg kutuk dan gelak je laa. org tak percaya pun ye. lebih kurang mcm IOI tu lah tapi saya tak lah gi pacak signboard kat highway target saya.. hihi tapi saya tulis merata target saya dan hari2 ulang tulis dan ulang cakap nak ingatkan diri sendiri. 

Sepanjang perjalanan saya awal2 memang samgat mencabar,adakala nak give up.tapi sebab hari2 dah RCA,hari2 dah tanam dalam minda..dah meresapppp..no turning back. nakk saaangattttt buktikan kat orang target saya tu tak mustahil..

menakutkan,nampak gila..tapi itu lah yang setiap hari push saya untuk bergerak. kalau saya quit,saya yang rugi bukan orang lain.setiap hari saya cabar diri saya untuk naik sedikit demi sedikit..push diri setiap hari.tak duduk kat takuk yg sama.

cthnya kalau semalam sales sy rm200,sy cabar rm250 plak..begitu lah setiap hari saya cabar diri saya sampai bylih sales ribu-ribu sehari. in term of income pun tiap bulan sy cabar diri saya.kalu last month rm2000,sy cabar naik few hundred bulan ni..begitu tiap bulan sampai cecah 1juta.

bukan sahaja dari segi sales dan income,tapi dari segi amalan rohani,sesi coaching..setiap hari saya push diri saya untuk buat lebih baik.harini harus lebih baik dari semalam. tiada rehat langsung.setiap hari cabar diri. tiada istilah selesa sbb saya dah letak target yang menakutkan diri saya.

Ya memang benar..sesuatu yang mustahil itulah yang jadi realiti.malah tak sampai 3tahun pun.

pointnya disini adalah besar mana target korang dan impian korang.. sejauh mana korang berani nak luahkan target korang.mimpi tak bermakna tanpa keberanian. kalau kat mulut ke pung pang cakap target itu ini..takde maknanya....

bukti kena tunjuk..sejauh mana korang dah push diri korang cabar diri korang untuk pastikan harini lebih baik dari semalam.. tengok mcm IOI developer,dia buktikan ape yg dia canangkan satu malaysia tu. satu malaysia doakan apa yang diorang nak. (apa yang kita sebut,yang kita fikir ..itu semua doa)

Kita? dah buktikan tak apa yang kita nakkkk tu tercapai?. kalau target tahun lepas dah tercapai,push diri untuk target baru..pastikan harini korang push untuk buat lebih baik dari hari semalam.

RCA setiap hari..sebut.tulis..kalau rasa nak pacak signboard depan rumah..haa pacak lah.. biar orang kata gila,tapi kita perlu usaha luar biasa untuk hasil luar biasa

di penghujungnya nanti,memang manis. saya dah kerja keras 4tahun,manissss gilerrrr kesannya.. sekarang saya nak travel around d world setiap bulan.bukan setiap tahun tapi setiap bulan..

from london with love
mamafaiz

Saya nak jadi kaya !!

Kenapa Kita Perlu Jadi Kaya?
“Kekayaan bukanlah diukur dengan banyaknya harta.
Namun  kekayaan adalah hati yang selalu merasa cukup.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
Kenapa perlu jadi kaya?
Itulah soalan yang mesti kita jawab.
Makna Kekayaan
Apakah erti kekayaan kepada kita?
Ada yang mendefinisikan kekayaan seperti ada kereta besar, rumah besar, pakaian berjenama.
Namun itu semua sebenarnya bukan kekayaan. Apa yang disebut itu cuma simbol-simbol kemewahan sahaja. Sekiranya kita hanya mengumpulkan simbol maka dalam hati kita pasti tidak merasa puas dan cukup. Kekayaan tidak terletak pada simbol.
Kita Perlu Menjadi Kaya !!
Dalam al-Quran, perkataan zakat disebut 32 kali.
Manakala, sebanyak 26 kali daripadanya digandingkan dengan perkataan solat.
Perkataan sedekah pula disebut sebanyak 12 kali.
Ya, Islam suruh kita ada harta untuk bayar zakat banyak-banyak. Maka janganlah rasa bersalah mencari harta sebab dengannya kita dapat berzakat dan memperbanyakkan sedekah. Kita memang perlu bayar zakat. Dan hanya orang kaya yang bayar zakat.
Padam dari akal fikiran kita, kefahaman seperti ‘menjadi orang kaya dan berharta itu salah dan berdosa’. Yang salah & berdosa itu jika kita mencari harta dengan cara yang salah, makan harta yang haram, atau apabila sudah berharta tidak mahu bayar zakat dan bersedekah.
Hari-hari kita bersolat 5 waktu. Dan 26 kali ayat solat dalam al-Quran digandingkan dengan zakat. Justeru, perkara ini mempunyai mesej yang besar untuk kita.
Orang Kaya Berasa Cukup
Kekayaan juga perlu memberi maksud yang lebih besar dan bermakna dalam hidup kita.
Seperti mempunyai keluarga yang bahagia, mampu berhenti kerja makan gaji sebelum usia 50 tahun, dapat menjadi sukarelawan dalam bidang yang kita suka dan seterusnya.
Simbol-simbol kekayaan itu cuma sepatutnya menjadi alat untuk mencapai kekayaan yang sebenar iaitu apa yang menyebabkan hidup kita menjadi cukup. Apa yang menyebabkan hati kita berasa seronok. Sesuatu yang kita tidak dapat beli dengan wang tunai malah emas sekalipun.
Apakah makna duit yang kita kumpul itu sekiranya tiada ahli keluarga dan rakan-rakan yang mahu menemankan kita mengelilingi dunia mahupun menikmati secawan kopi?
Apakah makna koleksi kereta yang kita miliki sedangkan kita sakit dan terlantar di atas katil?
Apakah erti banglo yang besar sekiranya ianya kosong dan senyap sunyi dari aktiviti yang merapatkan silaturrahim sesama keluarga dan ukhuwwah sesama jiran tetangga?
Untuk berasa cukup, dari semua gaji dan hasil pelaburan, kita ambil sedikit untuk perbelanjaan yang perlu dan banyakkan berzakat, berwakaf dan memberi sedekah.
Orang Kaya Dapat Memilih Cara Hidup Sendiri
Bagi saya kekayaan juga adalah masa yang dapat dimanfaatkan bersama keluarga.
Tidak ditentukan oleh sesiapa. Saya sendiri yang menentukan apa yang saya patut buat.
Justeru saya mahukan banyak masa terluang bersama orang-orang yang saya sayang. Saya mahu berada di sisi mereka pada saat-saat yang penting, umpamanya ketika almarhumah emak saya sakit tenat saya dapat menjaga beliau sehingga akhir hayat, ketika isteri mahu melahirkan anak saya dapat berada di sisi beliau dan ketika anak-anak mempunyai acara penting di sekolah saya ada bersama mereka. Alat-alat kekayaan adalah untuk membantu saya mencapai kekayaan tersebut.
Justeru saya memerlukan alat-alat tertentu seperti:
Pekerjaan dengan jadual kerja fleksibel.
Bisnes & pelaburan yang dapat memberikan pendapatan pasif.
Aset yang dapat saya jual untuk membeli masa berkualiti dengan keluarga seperti melancong.
Erti kekayaan bagi saya pasti berbeza dengan erti kekayaan tuan.
Ya, walaupun kita sama-sama membeli saham misalnya, ia cuma satu cara untuk mencapai kekayaan yang masing-masing mahukan. Pesan Nabi Muhammad saw:
“Seandainya manusia diberi lembah penuh dengan emas, maka dia masih mahu lembah yang kedua yang penuh dengan emas. Jika diberi lembah kedua, dia masih mahu lembah ketiga. Perut manusia tidak akan penuh melainkan dengan tanah. Allah tentu menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
Sebagai manusia kita tidak akan berasa puas mengumpul harta. Sudah ada RM 1 juta, mahu kumpul RM 10 juta pula. Dan jika duit tersebut tidak digunakan pada jalan yang betul ia tak dapat membantu diri kita semula di hari akhirat kelak. Sedangkan harta yang kita sedekah, yang kita wakafkan dapat membantu kita di sana.
Kita sering mendengar berita kematian selebriti antarabangsa yang terkenal, kaya raya dan boleh dikatakan memiliki segala ‘alat-alat’ kekayaan namun akhirnya terlibat dengan gejala dadah atau mati membunuh diri. Sedangkan secara logik akal manusia, mereka telah menikmati segala nikmat dunia namun kehidupan mereka tidak gembira. Mereka tidak berjumpa dengan apa sebenarnya yang hati mereka mahukan.
Orang Kaya Adalah Orang Yang Mampu Memilih
Orang kaya tidak terbatas dengan duit dalam dompet.
Kita mempunyai pelbagai pilihan tanpa dibatasi banyak perkara.
Jadi apa yang sebenarnya hati kecil kita mahu…
Bebas hutang?
Mendirikan rumah anak yatim?
Membantu penyelidikan kanser?
Mengelilingi dunia?
Menjadi sukarelawan?
Mempunyai yayasan sendiri?
Memberikan pendidikan tertinggi kepada anak-anak tanpa bantuan wang ringgit orang lain seperti PTPTN, kerajaan dan peluang biasiswa?
Dalam Islam harta hanya pasti menjadi milik kita sekiranya kita memberi sedekah, zakat dan wakaf. Walaupun harta tersebut nampak ‘berkurangan’ tetapi sebenarnya ia bertambah dan sudah pasti menjadi milik kita. Walaupun ikhlas paling utama, adakah kita berpuas hati hanya mampu bersedekah sebanyak RM 10 berbanding RM 10,000 ?
Ya, ada 1001 matlamat yang dapat kita fikirkan. Carilah matlamat hidup yang memberikan kepuasan dalam hidup kita. Bukan semua perkara dapat dibeli dengan duit, namun tanpa duit juga, banyak perkara yang tidak dapat kita capai.
Sumber : group wassap

Jumaat, 21 November 2014

DIABETES

1penyakit kronik disebabkn kekurangan insulin dlm badan@keadaan insulin resistance (sel/tisu tidak menerima rangsangan insulin) seterusnya mnybbkn gula berlebihan dlm darah

Siapa yg beRisiko:
-keturunan
-peningkatan umur
-mkn scr berlebihan
-tidak bersenam
-obesiti (BMI >25)
-bagi wanita yg pernah melahirkan bayi >4kg

Utk pendidikan kpd masyarakat:
-gula ibarat surat,insulin adalah posmen yg akn memasukkan semua surat ke merata tempat (sel2 bdn). Apabila trdapt lebih surat dr bilangan posmen,surat2 akan mnjadi byk+bersepah.obesiti (lemak) pula ibarat rintangan2 bg posmen..so lg byk lemak lg ssh insulin nk bkerja ��

Tanda2:
-cepat letih
-kebas kaki+tgn
-cepat dahaga+lapar
-kerap kencing
-luka lmbt sembuh
-keputihan berlebihan
-kurg keupayaan seksual

*harus diingat-kbnykn pskt TIDAK MEMPUNYAI APA2 SIMPTOM/TANDA2*

Saringan:
-dinasihatkan bagi semua dewasa berumur 25thn ke ats
-yg berisiko tinggi (spt di atas ↑) msti mmbuat saringan lebih awal

Info 2014
3.6juta rakyat m'sia mghidap diabetes(tertinggi di Asia)

Mencegah lebih baik dr mngubati!!

Elakkan komplikasi buah pinggang,buta mata,gangren kaki (hingga menyebabkn kaki dipotong) sakit jantung & strok..

Bantu ahli keluarga yg menghidap diabetes utk mengawal pemakanan mereka

Menu diet untuk badan ramping dan menawan !

Minggu ni kat ofis kecoh bile kawan buat injection untuk kurus huhu .. ni dye kongsikan diet menu daripada doctor yg merawat .. klinik tu kat puchong .. dikendalikan oleh sorang doctor perempuan dari China .. ape tah nama tempat klinik tu huhu .. klinik ni bukak awal .. pukul 6:30 pagi dah bukak .. terkocoh-kocoh la kawan saya ni g bangon pagi kol 5 pagi .. ble sampai tempat keje dye tunjuk la kesan injection dye kat kaki , tangan n perot huhu .. merah2 .. semoga dye dapat berat badan yg diimpikan la ye .. kalo saya ??? hurmmmmm xberani la nak cucuk mencucuk ni

BREAKFAST : Telur (putih) 1-2 biji , segelas susu (soya bean) saya tukar ESP huhu

LUNCH : ikan stim , toufu , sayuran , bali , oat

DINNER : timun , tomato , epal hijau , jambu batu , oren , sengkuang


                            


Kat bawah ni saya share setiap kelebihan khasiat menu diet yg doctor tu bagi ..

                                                        Telur (putih) 1-2 biji






Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

                                   Segelas susu (soya bean) saya tukar ESP




Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita.Antara sebabnya ialah kerana ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein rendah lemak yang membantu membina kandungan otot.

                                                  Ikan masak stim (kukus)





Ikan yang dikukus merupakan sumber protein rendah kalori, yang amat penting untuk diet. Protein membantu menyimpan selera anda di bawah kawalan. Filet ikan tilapia seberat 85g mengandungi hanya 36 kalori, menawarkan 7 g protein. Badan memproses protein pada kadar yang lebih perlahan daripada lain-lain nutrien seperti karbohidrat, yang membuat salah satu makanan yang paling mengeyangkan


                                                               toufu (tauhu)





Tauhu merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada tahu, juga dapat dimanfaatkan untuk menjauhkan segala macam penyakit berbahaya.Tauhu dibuat dengan mengentalkan sari kedelai menggunakan garam mineral (biasanya kalsium sulfat). Sari kedelai inilah yang membuat tahu kaya dengan manfaat kesihatan .Tinggi protein membuat perut tidak cepat merasa lapar. Juga, sifat rendah kalori (sekitar 80 kalori dalam 100 gram) tidak menambahkan kalori ekstra untuk menu diet anda .

                                                                 bijirin barli




Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan. Merendahkan kolesterol dan Meredakan sembelit . Barli merupakan bijirin yang banyak khasiatnya yang sentiasa dimakan oleh Rasulullah saw.. Berdasrkan kajian antara khasiat barli adalah membantu mencegah daripada sakit jantung, dapat mengawal paras gula dalam badan, mengelak dari penyakit asma dan mengelak daripada kanser. Selalu orang cakap air barli ini bagus diminum sebab ia cuci usus
                                                                   bijirin oat




Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.

“Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. “Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol ” kata Dr James lagiOat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Ini bermakna apabila anda makan oat untuk sarapan pagi, anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Sarapan yang terdiri daripada oat yang dengan dicampur buah-buahan boleh mengenyangkan sehingga tengah hari.

                                                                 timun




Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan . Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan . Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
                                                                    tomato




Melancarkan Sistem Pencernaan – Tomato mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ianya amat sesuai untuk melancarkan sistem pencernaan badan kita.Menurunkan Berat Badan – Amalan meminum atau memakan tomato dua kali sehari, membantu menurunkan berat badan.Berdasarkan sebuah penelitian minum jus tomato 1 gelas tanpa gula dapat menurunkan iritasi sel pada seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dengan lebih terkontrolnya iritasi sel yang terjadi maka anda pun akan merasa memiliki energi yang lebih besar dan juga anda akan merasa lebih baik sepanjang hari. Pada saat itulah perut buncit anda akan berkurang dan berat badan anda akan turun secara optimal.


                                                                  epal hijau




Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem penghadaman. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.Membantu mengekalkan berat badan.Untuk yang sedang berdiet dan nak diet makan la epal hijau.Tahap antioksida epal hijau lebih tinggi daripada epal merah.Membantu bersihkan saluran usus dan pembuangan toksin dengan pantas serta efisyen menerusi sistem pencernaan.Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.

                                                                 jambu batu




Membantu penghadaman , mengelak sembelit dan mengubati cirit-birit.Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.Jika anda menghadapi masalah kolesterol, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol anda.. try makan satu setengah biji jambu batu setiap hari
                                                                       oren





Oren merupakan sumber vitamin C, potassium serta folat, dan hanya mengandungi 110 kalori. Bahkan kandungan asidnya selain berguna bagi menurunkan berat badan, juga sangat berguna untuk menyingkirkan racun dari tubuh.Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mempu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.


                                                                sengkuang






Sengkuang mempunyai kandungan rendah kalori dan rendah lemak sesuai sebagai diet food. Sengkuang juga banyak fiber jadi dapat control appetite atau selera makan kita dari makan banyak benda lain yang tidak berkhasiat atau untuk kontrol berat badan.Sesuai untuk mereka yang pentingkan makanan seimbang kerana ia kurang lemak tetapi sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B. 

Jadi selepas ini anda tahu bagaimana memilih makanan diet secara bijak. Jika mahukan supplement untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan jayanya boleh klik disini .. selamat mencuba !


Khamis, 20 November 2014

Bicara ini demi Ilahi

Perkongsian daripada seorang sahabat saya yang mengidapsakit leukimia. Doktor bagi sampai bulan 5 je...sampaikanlah yg baik agar jadi jariah utk dia.
Tulisan dari seorang sahabat yang sedang sakit...moga kita mendapat manfaat dari peringatan ini..
Doakanlah yg terbaik untuk penulis. Farid Ariffin
Bicara bicara terakhir dari aku...
Kawan2... izinkan saya menulis perkara2 terakhir sebelum aku pergi bertemu dgnNya. Ini bukanlah nasihat, atau bicara agama, aku bukannya seorang ustaz utk berkelayakan utk menyampaikan amanah atau pesanan agama kepada tuan2.... sekadar bercerita pengalaman2 diri sendiri dan fahaman aku sendiri tentang hala tuju hidup kita sebagai muslim tatkala aku menghampiri panggilan sakara. Please take note that, "fahaman aku sendiri", so sudah tentu banyak kesalahan, tuan2 betulkan sekiranya ada kesalahan. Izinkan aku berbicara begini memenuhi wall2 facebook tuan2, sehinggalah aku tak berdaya lagi utk berbicara atau sehingga malaikat datang menyapa aku nanti... bukanlah bermaksud aku berputus asa dari rahmatnya, hidup dan mati di tangan Allah, aku akan terus berjuang demi Ilahi, tapi aku harus juga bersiap sedia utk menghadapi tanda2 sakara yang sekali sekala datang menegur dan menyapa dan semakin hari semakin dekat aku rasa...
Pagi ini aku nak bicara sedikit tentang tahajjud, Tuan2, tatkala kita sihat kita selalu mengambil sikap lewa terhadap solat tahajjud. Bangunlah malam2 sahabat2 ku sekelian, kekadang malaikat datang menegur tuan2, tuan pun membuka mata, akibat daripada sikap malas bukan sebab tak sihat, maka kita sambung tidur semula. Tuan2, bukan sekadar jadi pada tuan2, jadi jugak pada diri aku ketika aku sihat. Sekarang bila sakit, berderau airmata tatkala ingin mengambil wuduk melakukan solat tahajjud, tapi diri tidak berdaya kerana kuantiti darah yg amat sedikit dalam badan aku, nak angkat kepala pun sakit, kadang2 darah keluar dari hidung dan mulut, aku menjawab sapaan malaikat yang datang menggerak aku utk tahajjud dgn derauan airmata kerana aku tak MAMPU, maka aku menggunakan rukhsah yg Allah bagi dgn bertayammum, aku cuba tunaikan juga walaupun terpaksa baring di atas katil. Tuan2.... tunaikanlah solat tahajjud ketika tuan2 sihat, tak sama rasa bila tuan2 mampu menyucikan diri dgn wuduk dan berdiri dan meletakkan kepala sujud pada Allah pada malam hari berbanding solat di atas katil dgn bertayammum, percayalah tuan2... jangan tunggu sehingga sakit seperti aku datang menyapa....
"... Sebenarnya, kalau kita terjaga pada tengah malam, ia adalah satu anugerah daripada Allah. Allah lah yang telah mengirimkan malaikatNya utk mengejutkan kita bangun beribadat, sujud padaNya, Jadi sebagai tanda berterima kasih, paling malas pun, pintalah apa2 doa walaupun sedikit kepada Allah. Kemudian tidurlah. Sekiranya kita sedar, kemudian terus sambung tanpa mengucapkan apa2 seperti beristighfar dan bertahmid, kemudian malam kedua dan ketiga pun begitu juga, kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejut kita...". Petikan dari "BICARA INI DEMI ILAHI" oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
wallahua'lam.
Sumber : Facebook

TIPS BERJAYA dari Dr. Azizan

sedikit perkongsian dari email Dr. Azizan 

Secara ringkasnya saya nak berkongsi dengan anda 4 sebab kenapa seseorang itu mudah untuk mencapai apa yang ditulisnya.Tuhan mengikut sangkaan hambaNya. Anda boleh semak dalam hadis untuk isi penuhnya. Secara kesimpulan apa yang saya dapat dan cuba untuk kongsikan dengan anda adalah :

Apa yang kita fikir merupakan doa. 
Tuhan akan ikut apa yang kita fikirkan. 
Magnet fikiran berlaku apabila jika fikirnya positif, ia akan menarik perkara-perkara yang positif ke dalam hidup kita. Kalau fikir negatif, maka negatif akan makin datang
.
Apa yang kita rasa. 
Tuhan itu menilai hati manusia. Bukan warna kulit yang dipandangNya. Ini namanya magnet perasaan. Kalau hati asyik sedih, dia akan menarik lebih banyak kesedihan ke dalam hidup.

Magnet kata-kata.
Selalu-selalulah cakap pada orang lain anda kaya dan berjaya. Dalam masa yang sama, cuba anda cakap pada diri sendiri, “Saya miskin papa kedana”. Ulang banyak kali. Tengok apa yang akan berlaku. Pengalaman saya, tiada orang nak ucap sedemikian. Tapi bila tak ada duit, boleh pula cakap, “Saya tiada duit”. Cam maner tu? Tulisan anda di laman sosial juga merupakan kata-kata. Tulisan yang negatif di laman sosial, kemudian dapat 5000 orang ‘like’ atas kata-kata negatif anda tersebut, maka bertambahlah melingkupnya hidup anda. Hindari rakan-rakan yang tidak mampu berikan kesan positif kepada kita.

Amalan atau perbuatan. 
Tindakan kita adalah doa. Maksud doa adalah magnet yang menarik. Semua orang ada matlamat. Tapi adakah tindakan kita menarik ke arah matlamat tersebut? Inilah namanya magnet perbuatan.

Ramai orang nak kaya dan kaya itu terlalu subjektif. Apa pun, kaya yang utama adalah kayanya jiwa. Bila jiwa kaya, tarikan kekayaan harta akan mudah datang. Bila jiwa kaya, kita tak akan endah sangat duit banyak atau tidak sebab kita dah tahu ke manakah saluran duit tersebut bakal disalur. Maka Tuhan akan berikan kepada kita lebih banyak.

Orang yang jiwanya miskin, kurang atau tidak memberi, dia tidak layak mendapat kekayaan jiwa. Bila orang lain berjaya, dia iri hati. Sakit jiwa bila lihat orang lain tenang, kaya dan berjaya. Sekalipun duitnya banyak, duit itu tak akan dapat bertahan lama


Rabu, 19 November 2014

TESTIMONI KURUS SIHAT

Saya mahu tampil lebih kurus dan ramping !!

Tapi saya mahukan yg halal selamat utk jangka panjang dan berkesan .. biarlah lambat asalkan ada hasil . Apa yang lebih penting ialah bagaimana caranya? Apakah ada cara yang betul-betul ajaib boleh kurangkan berat badan 10 kg dalam seminggu? Bunyi macam terlampau sangat, kan? Apa guna kita tiba-tiba kurus, lepas tu mungkin kita jatuh sakit akibat cara kuruskan badan yang tak betul. Siapa yang susah? Diri sendiri dan orang tersayang jugak

Kali ini ai nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan dan mencapai berat badan yang ideal.Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat. Jom baca bersama saya apa tips 3B untuk menurunkan berat badan :

LANGKAH 1: BAKAR LEMAK (OMEGA + LECITHIN)

Fungsinya untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar daripada badan

LANGKAH 2 : BUANG LEMAK(ALFALFA+HERBLAX+CINCH TEA)

Detoks adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin , lemak  dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar . Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba alfalfa dan herblax sesuai untuk mereka yg mengalami masalah sembelit

LANGKAH 3 : BINA OTOT (ESP + CINCH SHAKE)

Protin penting untuk pelihara otot dalam badan . Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak . Untuk ibu menyusu disarankan pengambilan ESP kerana kalori Cinch Shake sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak

Saya menyediakan set bajet mengikut kemampuan dan keperluan customer seperti :

GOOD (alfalfa + lecithin)
BETTER (alfalfa+lecithin+herblax)
BEST (alfalfa+lecithin+herblax+omega)
SUPERB (alfalfa+lecithin+herblax+omega+ESP)
AWESOME (alfalfa+lecithin+herblax+omega+ESP+Cinch Shake+Cinch Energy Tea Mix)



Bawah ni saya sediakan beberapa testimoni yang berjaya kurus dengan Shaklee



TESTIMONI 1


TESTIMONI 2


TESTIMONI 3


TESTIMONI 4


TESTIMONI 5


TESTIMONI 6


TESTIMONI 7


TESTIMONI 8


TESTIMONI 9