Isnin, 3 Ogos 2015

DIABETES SEMASA HAMIL

Diabetes adalah keadaan dimana badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah .

JENIS DIABETES :
* Diabetes Jenis 1
* Diabetes Jenis 2
* Gestational Diabetes (Diabetes semasa hamil)


SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT DIABETES

* Terdapat gula dalam air kencing semasa pemeriksaan rutin
* Berlebihan berat badan
* Mempunyai ibu bapa yg menghidap diabetes
* Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4kg
* Pernah mengalami keguguran berturut-turut,kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat
* Pernah menghidapi diabetes semasa kehamilan lalu
* Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air ketuban berlebihan) pada kandungan ini
* Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA HAMIL
* Semua ibu hamil akan menjalani ujian darah (MGTT) sekiranya mempunyai salah satu atau lebih faktor risiko
* Mendapat jagaan kehamilan yang rapi oleh anggota kesihatan
* Mematuhi temujanji dan rawatan yg ditetapkan
* Amalkan kebersihan diri
* Ambil pemeriksaan yg disarankan untuk pesakit diabetes

* Pemeriksaan paras glukos berkala di rumah




PUAN PERLU BERSALIN DI HOSPITAL .. !!

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Mengamalkan kaedah perancang keluarga yang efektif
* Menyusu bayi dgn susu ibu
* Melakukan ujian darah (MGTT) 6 minggu selepas bersalin
* Mengamalkan pemakanan yg seimbang
* Mematuhi temujanji dan rawatan yg ditetapkan
* Berbincanglah dengan anggota kesihatan jika bercadang untuk hamil



Hubungi saya untuk konsultasi yg ekslusif dan berterusan
Homaeda Humaili
013.50.456.50
STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa

Ahad, 2 Ogos 2015

DIABETES ketika hamil akan kekal selepas bersalin ???

SAYA berusia 36 tahun dan kini sedang mengandung anak ketiga dengan usia kandungan sudah tujuh bulan. Masalahnya, saya kini berasa sakit dan pedih di sekitar kemaluan dan kedua-dua belah paha apabila berjalan, berdiri terlalu lama dan apabila bangun jika duduk dalam tempoh yang lama. Perlukah saya berurut untuk mengurangkan kesakitan itu? Selain itu, saya baru mengambil ujian glukosa darah yang disebut OGTT oleh doktor pada minggu lepas dan keputusannya adalah 9.0 mmol/L (berpuasa) dan 11 mmol/L selepas dua jam minum glukosa. Adakah keadaan ini akan berterusan sehingga saya bersalin dan apakah keburukannya pada bayi saya?
Mas, Subang, Selangor.




Jawapan:
Terima kasih Puan Mas. Soalan yang ditanya agak biasa dialami oleh wanita yang sedang hamil. Elok sangatlah soalan ini dikongsi bersama.
Kesakitan yang dialami boleh merupakan masalah biasa sewaktu kehamilan akibat tekanan kandungan kepada anggota bahagian bawah. Anda mungkin dapat mengurangkan kesakitan ini jika berada pada posisi tertentu (contohnya bersandar sewaktu duduk) serta tidak berada dalam posisi sama untuk masa lama. Sekiranya berurut atau mengusap di bahagian kaki dapat mengurangkan kesakitan, keadaan ini tidak menjadi masalah. Elakkan berurut pada bahagian abdomen (termasuk kawasan ari-ari) kerana dikhuatiri urutan boleh memberi tekanan secara tiba-tiba kepada kandungan, ini boleh menyebabkan keadaan uri lekang (abruptio placenta) dan sangat berbahaya.
Paras glukosa darah Puan berada dalam tahap diabetes. Keadaan ini dipanggil sebagai gestational diabetes iaitu diabetes ketika hamil. Semasa hamil, diabetes akan berlaku kerana paras glukosa ibu melebihi paras normal. . Lebih kurang dalam lima peratus wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70 peratus daripada mereka akan pulih daripada gejala tersebut. 
"Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras glukosa tersebut akan kembali normal selepas bersalin . Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan menghidap diabetes jenis kedua di kemudian hari. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi"
Pankreas kita akan menghasilkan hormon yang dipanggil insulin, yang dapat membantu glukosa dalam darah untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan . Bagaimanapun jika persediaan pankreas adalah terhad, penghasilan insulin adalah tidak mencukupi dan paras glukosa dalam darah akan meningkat dan diabetes semasa hamil akan berlaku selepas itu.
Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas tiga bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon. Kepada ibu-ibu yang menghidap diabetes sebelum kehamilan bermula, penyakit diabetes akan menjadi lebih melarat dan si ibu tersebut memerlukan lebih banyak rawatan dan ubat-ubatan.

Antara yang berisiko ialah :
* Wanita hamil berumur lebih 35 tahun
* Ada sejarah ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal
* Menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu
* Berat badan sebelum hamil melebihi 80 kilogram
* Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kilogram 
* Wanita yang hamil kembar atau hydramnions.

Tanda-tanda wanita yang menghidap diabetes semasa hamil :
* Mempunyai tanda-tanda dan simptom diabetes seperti berat badan melebihi 80 kilogram 
* Terdapat glukosa (gula) di dalam air kencing
* Berat badan naik mendadak 
* Mempunyai faktor-faktor seperti di atas. 

Bagaimanapun, kebanyakan ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya. Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom. Oleh itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian rutin pemeriksaan hamil dari 22 minggu ke 24 minggu kehamilan di kebanyakan klinik.
Hubungi saya untuk konsultasi yg ekslusif dan berterusan
Homaeda Humaili
013.50.456.50
STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa

Sabtu, 1 Ogos 2015

Risiko diabetes ketika hamil

Wanita yang menghidap diabetes semasa hamil juga berisiko tinggi kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas dua bulan hamil, bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin, bayi yang mempunyai saiz yang melebihi empat kg akan mendapat risiko kecederaan bahu semasa proses bersalin (shoulder dystocia), aras glukosa dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin menyebabkan hipoglisemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap.
Gestational diabetes juga boleh mengakibatkan wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap pre-eclampsia (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil, seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih dan 50 peratus daripada wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis kedua kemudian hari.



Tujuan merawat diabetes semasa hamil adalah untuk mengekalkan paras glukosa dalam darah kepada normal. Wanita mengandung yang mempunyai diabetes semasa hamil perlu menjalani ujian glukosa darah sebelum waktu sarapan (puasa), sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan dua jam selepas makan malam.
Profil paras glukosa perlu dibuat dua minggu sekali atau sebulan sekali. Ibu yang mengalami gestational diabetes perlu mendapatkan nasihat pemakanan daripada pakar pemakanan dan jika paras glukosa di luar kawalan, mereka perlu mendapat rawatan insulin.


Hubungi saya untuk konsultasi yg ekslusif dan berterusan
Homaeda Humaili
013.50.456.50
STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa

Rabu, 29 Julai 2015

Pencuci botol susu untuk hilangkan kerak susu

Assalamualaikum semua . 

Terasa kaku jari nak menaip huhu . Dah lama sangat tinggalkan dunia blog . Disebabkan semalam 29/07/15 berderet oder masuk untuk HAND DISHWASH SHAKLEE di sini saya nak kongsikan kepada semua kepuasan saya guna hand dishwash shaklee . Tak puas berkongsi di laman FB dan INSTAGRAM . Saya sambung berkongsi kepuasan menggunakan hand dishwash shaklee kat blog pulak .

Sebelum saya mengandung saya ada beli sabun cuci botol jenama PUREEN . Tapi x pakai pon saya letak rumah pengasuh ade la . Kat rumah saya guna sabun cuci pinggan biasa je . Saya pelik macam mana la kerak susu ni boleh jadi . Bila pikir balik ni mesti kes lambat basuh botol susu anak . Pulun la beli berus susu macam2 jenis . Semua tetap x hilang bila sental kerak susu tu . Boleh tahan jugak kerak susu ni .. tension mak !

Dari situ memang nekad letak sebotol kat umah pengasuh . Letak 2 botol kat rumah sendiri . Kalo ada banyak botol susu kat rumah mesti malas dan bertangguh nak basuh botol susu . Betol kan ??? Lepas 6 bulan memang saya akan tukar botol susu baru . Risau kalo-kalo dah bercalar dalam tu mana kita nampak . Kelua lah segala bapak kimia . Bahaya utk anak . BPA FREE pon ada tempoh hayat ye dik nun . Jangan sampai bertahun pakai nk jimat duit pny pasal . Memang la kesannya xnampak sekarang . Kalo dah sakit lagi banyakkkkk nak pakai duit . Setakat sebotol susu anak tak yah berkira sangat la hihi

Lepas saya bertukar ke hand dishwash shaklee . Dah 4bulan pakai puting dan botol susu anak memang berkilat nampak macam baru . Tak de dah masalah kerak susu . Kalo tak pecaya boleh tanya jiran saya hihi . Sebelum dye beli saya tunjuk puting dan botol susu anak saya tu . Tak malu pon nak tunjuk sbb bersih :) Kalo saya malas atau kesuntukan masa nk basuh botol susu anak saya rendamkan air dan setitik hand dishwash shaklee dalam botol . Taknak ada kerak susu melekat pny pasal . Tak rasa bersalah ke bagi anak minum susu dengan kerak susu tebal melekat kat botol dan puting anak ? Jangan la macam tu kawan .. kesian dorang 

Haaaa .. kat sini saya kongsikan TESTIMONI yg berpuas hati menggunakan HAND DISHWASH SHAKLEE . Semoga keyakinan kawan-kawan untuk hilangkan kerak susu tu tinggi . Bukan indah khabar dari rupa taw .. guna la dulu kalo tak percaya .. nanti mesti repeat order :)


CARA MENGGUNAKAN HAND DISH WASH SHAKLEE UNTUK BOTOL SUSU

KAEDAH 1
1-Sediakan besen kemudian isikan air panas
2-Titik beberapa Hand Dish Wash Shaklee ke dalam besen
3-Rendam seketika , tak kisah berapa lama anda nak rendam . 1 malam pon boleh
4-Kemudian basuh seperti biasa , gunakan berus khas untuk basuh botol susu anak . Saya guna span bqsuh pinggan pon dah berkilat

KAEDAH 2
1-Letak 1 titik Hand Dishwash Shaklee dalam botol susu
2-Isikan dengan air paip separuh botol
3-Goncang botol yg berisi air dan hand dishwash sampai berbuih
4-Sental dengan span atau berus botol

SIAP ... ヽ(^。^)ノ

Cubalah .. gerenti puas hati :)

Hubungi saya untuk konsultasi yg ekslusif dan berterusan

Homaeda Humaili
013.50.456.50

STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa

Rabu, 13 Mei 2015

Allah merindui kita

Seorang penjual besi buruk bertanya kepada seorang Ustaz..

"Ustaz..! Kenapa ya..! Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-begini..! Terus hambar, tak ada arahnya, tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz..! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah ya?"

Ustaz pun menjawab :

"Oohh..! Mungkin masa ini Allah juga lagi bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya macamana Ustaz?" Tanya si tukang besi kembali..

Ustaz menjelaskan :

"Mungkin Allah penat cari tuan tapi tak pernah jumpa pun. Dicari di antara ahli dhuha, tuan tak ada. Dicari di antara ahli tahajjud juga tak ada.

Dicari di antara ahli puasa sunat juga tak ada. Dicari di antara ahli sedekah, juga tak kelihatan.

Dicari di antara ahli Qur'an, tuan juga tak ada di sana. Dicari di antara ahli umrah, niat pun tuan belum buat.

Dicari di antara orang-orang yang khusyuk solatnya, tuan juga tak ada. Dicari di antara ahli selawat pun tak ada. Dicari di antara yang menuntut ilmu apa lagi.

Lalu Allah swt mau cari tuan di mana lagi..? Cuba tuan bagitau..! Cakaplah jangan terdiam pulak..!"

Lalu..! Menangislah si tukang besi tadi sambil mengusap airmatanya, dia beristighfar.

Segeralah kembali kepada Allah..! Dekatliah Allah. Hanya Allah sajalah ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.

PASTIKAN NAMA ANDA
SENTIASA DALAM SENARAI

M A S A
A N D A  M A S I H  A D A

J A G A L A H
M A S A  L A P A N G  A N D A

::SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN DAN DIKEKALKAN SERTA DIKAYAKAN DGN IMAN & TAQWA
AAMIIN YA ROBB

KONSEP REZEKI

�� Konsep Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

�� Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.

Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.

Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

�� Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.

Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

�� “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?

�� Konsep Rezeki Keempat

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?

Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

�� Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.

Selasa, 12 Mei 2015

Mandi secara sunnah Rasulullah

As'salamualaikum..

Esok bangun tidur, pasti kita mandi kan... Jom baca di bawah ni sekejap...

CARA MANDI PAGI RASULULLAH SAW

Cara mandi pagi hari yang sesuai dengan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:

1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.

2. Segayung di betis.

3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.

Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi? Gelas akan retak !!!

Jika tubuh kita .... apa yang retak?

Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.
Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.

Cara mandi ini baik bagi semua umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.
In sha Allah..

****Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi untuk manfaat bersama....Sumber wassap