Isnin, 10 Ogos 2015

Perbezaan OMEGA GUARD Shaklee

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi.  Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.
Rata-rata minyak ikan diekstrak melalui kaedah penyulingan tekanan yang tinggi yang mana ia akan memusnahkan kebanyakan nutrient dan tidak mampu menapis kandungan logam yang akan membahayakan kesihatan.OmegaGuard sememangnya tidak diekstrak dari hati minyak ikan yang mengandungi toksik berbahaya.
Minyak ikan OmegaGuard dihasilkan daripada ikan yang tinggal dilautan dalam (deep ocean) dan air sejuk bukan ikan yang senang dapat dipantai atau sungai…ikan-ikan ini pula mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi.Sebab itu la minyak ikan OmegaGuard yang terbaik….tidak tercemar dengan bahan-bahan merbahaya…


KANDUNGAN EPA & DHA LEBIH TINGGI

Kandungan EPA dan DHA dalam OmegaGuard adalah 90% dan lebih tinggi berbanding minyak ikan yang lain yang hanya mempunyai kandungan EPA dan SHA 10% sahaja.



Fungsi EPA >Mencegah kanser >Mencegah pembekuan darah >Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan >Baik untuk pesakit jantung >Menghindar tekanan perasaan >Mencegah penyakit darah tinggi  
Fungsi DHA >Mencegah asma >Meningkatkan daya seksual >Mencegah sakit kulit >Mengelakkan kanser payu dara >Mengelak kanser prostat >Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan >Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan >Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan. >Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang , dikenali sebagai bayi tak cukup bulan >Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi >Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

SUMBER OMEGA 3
Makanan yg kaya dgn khasiat omega 3 adalah seperti salmon, tuna, anchovies dan ikan hering, selain utu terdapat juga dalam kekacang
Namun ada doktor yg berpendapat yang ibu hamil tidak digalakkan mengambil sumber ikan yg banyak kerana dikhuatiri dgn tahap pencemeran yg mgkn ada pada ikan tersebut sbb ikan2 laut ni terdedah pada pencemaran spt merkuri, plumbum dan arsenik jd lebih elok jika khasiat ini didapati dr bentuk supplemen



Homaeda Humaili
013.50.456.50
STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa

Ahad, 9 Ogos 2015

Simpul biawak semasa hamil

Sakitnya simpul biawak ! .. Ada yg panggil simpul mengkarung la .. alahaiiii nama biawak n mengkarung jugak famous haha . Tido lena saya akhir-akhir ini sering terganggu dengan rasa sakit yang berlaku secara tiba-tiba pada betis akibat kejang otot.Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan yang amat sangat.

Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut dan diluruskan seperti gambarajah dibawah . Ini je la yg mampu suami lakukan tiap kali saya mengerang time tido . Memang sakitttttttt !





Ia akibat otot terasa cekang, keras dan sakit dalam satu tempoh masa tertentu.

"Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.Dalam keadaan itu, kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan,'' ujar Dr. Zubaidi.
Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.Terangnya, dalam situasi sedemikian, wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama.
Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.Mereka juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.
Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.Katanya lagi, tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.Selain itu imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.
American Institute for Preventive Medicine telah membuat kajian ibu hamil perlu mendapatkan kalsium, magnesium dan air yang cukup bagi mengatasi masalah sakit pinggang ketika hamil.

Kalsium dan magnesium sangat penting kerana boleh membantu memelihara saraf normal, yang mana saraf inilah yang akan mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita. Kalsium juga penting untuk proses kelahiran yang memerlukan otot-otot badan bekerja keras terutama semasa kontraksi nanti.

Bolehkah ibu-ibu hamil menyediakan makanan yang mempunyai kalsium dan magnesium setiap hari? Ibu hamil perlu makan makanan seperti susu, keju, yogurt, makanan laut, sayuran hijau dan sebagainya. Mudah ke nak sediakan hari-hari?






Jangan risau! Nampak tak testimoni atas ni . Jika ibu-ibu sukar menyediakan makanan tersebut saya ada menyediakan vitamin yang lengkap dengan kalsium dan magnesium untuk membantu

Homaeda Humaili
013.50.456.50


STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa

Sabtu, 8 Ogos 2015

Perbezaan B-COMPLEX SHAKLEE

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70% jika para ibu mengambil asid folik yang secukupnya.
Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?
Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.
Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural. Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.
Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.
Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.
Jadi, ambillah Shaklee tanpa ragu2 kerana B complexnya adalah lengkap dan asli. Haruslah anda berhati2 sekiranya vitamin B complex jenis lain yang anda ambil tidak memberi kesan2 seperti rasa haus, dan kencing berwarna kuning serta berbau… Mungkin ia vitamin B yang tidak lengkap?
Untuk pengetahuan, kebiasaannya ibu-ibu mengandung akan diberikan vitamin B-Complex & asid folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yg tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :
1) B1 - Thiamin 2) B2 - Riboflavin 3) B3 - Niacin 4) B5 - Panthothenic Acid 5) B6 - Pyridoxine 6) B7 - Biotin 7) B9 - Folic Acid 8) B12 - Cyanocobalamin
Vitamin B-complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1 - Thiamin, B2 - Riboflavin & B3 - Niacin. Apabila si ibu mengambil vitamin B-complex dari KK & asid folic, mereka masih kurang B5 - Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxin, B7 - Biotin & B12 - Cyanocobalamin. Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B-Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan.
Teruskan pengambilan B Complex sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit 'meroyan'. Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.






Homaeda Humaili
013.50.456.50

STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa

Jumaat, 7 Ogos 2015

Risiko masalah anemia semasa hamil

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl

Anemia merupakan keadaan dimana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah . Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.Oleh itu , apabila puan mengalami anemia , tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga .



Ramai ibu2 hamil yang mengalami HB low.Jangan ambil remeh ya masalah Hb low ni sebab ia boleh membawa maut . Antara kesan yg mungkin anda akan dapat jika mengalami HB low ini dan tidak dapat rawatan ialah:
Kepada ibu : # Keguguran # Bersalin Awal # Kematian janin dalam kandungan # Tumpah darah semasa & selepas bersalin

Kepada Janin : # Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg) # Lahir tidak cukup bula # Lemas semasa lahir # Pertumbuhan bayi terbantutB.Complex >Pembentukan darah yang cukup >Kestabilan hormon >Pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan. >Pembentukan dan aktiviti sel genetik. >Mencegah anemia (tekanan darah rendah). >Menjaga saraf ibu mengandung dan bayi

Mahu mengatasi masalah anemia semasa hamil ?

Cari saya sebagai konsultan kehamilan anda

Homaeda Humaili
013.50.456.50


STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa

Khamis, 6 Ogos 2015

Supplement terbaik untuk Ibu Mengandung

IBU HAMIL SIHAT DENGAN SHAKLEE Setiap Ibu Mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian produknya.

Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini termasok la saya 
>lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil >tahan berbulan-bulan >boleh dimakan bersama ahli keluarga >harga yang sangat berbaloi >semulajadi (bukan sintetik) >tidak memberi sebarang kesan sampingan >bonus kesihatan dan kecantikan extra >juga sesuai dijadikan set berpantang >terbukti selamat dan berkesan

Soalan yg selaluuuuu sangat bakal ibu tanya pasal Set Hamil Shaklee :
1.Apakah cabaran yang lazim dialami oleh Ibu Hamil ? - Morning Sickness, Anemia dan sebagainya
2.Apakah Zat Nutrisi yang penting untuk pertumbuhan bayi ?- Protein, Omega 3, Folic Acid dan banyak lagi
3.Bagaimana Ibu Hamil mendapatkan Nutrisi yang diperlukan sepanjang Kehamilan? - Makanan Seimbang Berzat
4.Mengapa Doktor Membekalkan Vitamin untuk Ibu Hamil ?- Cara Penyediaan makanan yang merosakkan zat
5.Mengapa Set Mengandung Shaklee adalah Vitamin Ibu Hamil Terbaik?– Terbukti melalui pengalaman sendiri lebih 15 tahun
6.Apakah Kebaikan Set Mengandung Shaklee buat Ibu Hamil ?- Semulajadi, tiada pengawet dan 100% menepati RNI Ibu Hamil
7.Berapa Harga Set Mengandung Shaklee? – Bermula dari RM60 sebulan

Lazim bagi ibu Mengandung mengalami simptom Kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti rutin harian. Namun jangan bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja.Hampir semua masalah yang disebutkan tadi dapat diatasi dengan mendapatkan nutrisi yang diperlukan secara lengkap di samping rehat yang mencukupi dan sokongan suami.

Untuk SET HAMIL SHAKLEE (1, 2 & 3 trimester) :
- Vitalea ( multivitamin) - B Complex (asid folik) - Vitamin C - Ostematrix (pil kalsium) - Omega (start 2nd trimester until 35weeks pregnancy) - ESP

1) Multivitamin(Vita-lea) 
>Membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat >Membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ) >Membantu badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang. >Penting untuk tumbesaran anak. > Mengelakkan mudah rasa pitam atau pening kepala kerana kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.
Iron/zat besi banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :
* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut * peraiaran / laut yang telah tercemar * tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya * selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

2) B.Complex
>Pembentukan darah yang cukup >Kestabilan hormon >Pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan. >Pembentukan dan aktiviti sel genetik. >Mencegah anemia (tekanan darah rendah). >Menjaga saraf ibu mengandung dan bayi

3) Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) 
> Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi >Menguatkan antibody supaya tidak mudah selesema >Mengelakkan komplikasi hamil spt kelahiran bayi pra-matang & bayi tidak sihat >Meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi >Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam >Menguatkan struktur gigi dan gusi >Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan >Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi >Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat >Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar) >Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi. >Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air. > Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia

4) Kalsium(Ostematrik) 

>Pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi >Penting untuk darah membeku dengan sempurna >Membaiki ransangan urat saraf >Mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan >Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. >Mengelakkan penyakit reput tulang & tulang rapuh >Melegakan sakit pinggang dan kejang kaki >Bagus untuk pelawasan dan elakkan sembelit >Membantu pembentukan janin bayi yang kuat >Tidur lebih lena dan senang bangun di awal pagi

5) Omega -3(Omega Guard)

KEBAIKAN OMEGA UTK BABY
>Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin >Membantu perkembangan memori janin >Mengurangkan risiko allergy d kalangan bayi >Mencegah kelahiran pramatang >DHA yg terkandung dlm omega merupakan nutrient utama utk otak,sistem saraf dan retina janin

KEBAIKAN OMEGA UTK IBU >Membantu mengawal kolestrol dalam badan ibu >Mengawal berat badan berlebihan secara semulajadi >Meningkatkan sistem imun(elak jangkitan,demam selesema)
Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

6) Protein(Energy Soy Protein) 

>Membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh >Penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit. >Memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. >Memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. >Membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi >Membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu >Membantu aliran darah ibu yang bertambah >Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.
Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN! Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali. Protein sangat penting untuk pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini. Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.
Khasiat ESP ini telah terbukti dan diakui sendiri oleh ibu-ibu yang konsisten mengambilnya sewaktu hamil. Ini antara testimoni yang dapat dikongsikan:
"Kulit baby cantek... My baby boy dah 5 bulan, tapi kulitnya masih tulus mulus mcm newborn... Tak tau laa kalau dah lasak nnt akan berparut pula... Untuk mommy pula, of course beri tenaga, cantikkan kulit & beri sumber protein secukupnya untuk bayi di dalam kandungan..."

"kulit baby sya bersih n takde ruam2 wpun bdn dia smgt. sya consume masa preggy smpi la hari ni. skrg baby sya dh 4 bln."
"alhamdulilah kulit bby sy cantik n tiada masalah sgt....sy start ambil esp mse kndungan 5 bln smpai skrg bby nk msuk 4 bulan....kulit mamanye pn lembut...papa yg tegur..x tipu taw hehe ....

Satu persatu saya kongsikan setiap fungsi produk .

Menarik ? Mahu ibu dan baby cukup nutrient ?

Hubungi saya

Homaeda Humaili
013.50.456.50


STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa




Rabu, 5 Ogos 2015

Jahitan Bersalin Terbuka ???

Sambil menaip sambil ligat otak saya mengingat kembali kisah setahun lepas huhu . Pengalaman yg memang tak dapat la saya nak lupa kan . Tahun ni sekali lagi saya akan bersalin . Saya bersalin tiap tahun ahahaha tahun depan stop la kita nak pakai implan pulak . Tunggu anak-anak besar dah pandai uruskan diri sendiri dah pandai mendengar kata saya nak ada baby lagi . Syok ada baby sape cakap tak syok hehe . Sekarang saya masih bekerja dan menunggu hari nak bersalin . Dah 38 minggu 2 hari dah . Baby taknak jugak kelua . Dulu masa bersalin kan anak 1 memang ngam-ngam 40 minggu . Mungkin anak ke-2 ni pon sama kot 40 minggu . Semalam check-up kat klinik kesihatan doctor cakap saya memang kene bersalin 19/8/15 . Walaupon NO CONTRACTION at all !! .. maknanya saya kene paksa bersalin , nak kene induce sebab sebelum ni saya ada diabetes history huhu ..

Ok la stop cerita semalam . Jom flashback kisah saya setahun lepas semasa jahitan meregang dan terbuka sebesar 0.5cm .. 


Saya bersalinkan anak 1 saya pada 8 ramadhan , 3:43am , 6/7/15 . Saya sakit perut contraction 2 hari . Pada hari jumaat dan sabtu . Sakit dye ya ampunnnnnnn hanya kaum ibu yg paham . Nak cerita sakit dye cane pon xleh nak gambarkan . Masa tu dalam otak ni nak bersalin jugak tak kira la ceaser sekalipon sbb sakit sesangat ! .. Hari sabtu malam selepas berbuka saya dah paksa suami baca yasin sbl kitorang g hospital . Saya tak kira saya nak bersalin malam tu jugak ! Dan akhirnyaaaa .. pukul 3:43 pagi hari ahad lahirlah puteri solehah saya Farysha Hanania melihat dunia .. Allahu akbar !! .. kurniaan terbesar dalam hidup selepas bernikah kikiki


Selepas bersalin kitorang kene tahan kat wad NICU sbb Farysha Hanania kene jangkitan paru-paru (pneumonia) and jaundice . 5 hari kat wad , 5 hari jugak la saya tak buang air besar . Lagipon memang xde tanda-tanda nk membuang pon . Petang tu kitorang dah boleh balik . Kitorang balik ngam-ngam orang tengah berbuka puasa . Tiba-tibaaaaaaa .. alamakkkkkkkkk sakit perut nak iyak la pulak . Masa tu memang panik sbb takot iyak keras . Masok je toilet memang lama . Menangis la dinda dalam toilet sbb kene sembelit wehhhh 5 hari xmembuang punya pasal . Dah la baru 5 hari kene jahit sah sah jahitan belum kering sepenuhnya . 


Keluar toilet memang nangis-nangis la peluk suami terchenta . Bila kita pakai pad tu terasa ada daging keluar . Masa tu ingatkan buasir tapi suami cakap bukannnn .. tu daging yg doctor jahit . daging tu membengkak . Dapat bayangkan x masa tu memang saya xboleh duduk . Baring pon mengiring . Dengan nak menyusu anak lagi .. 1 malam xboleh tido . Sakit tak selesa semua ada . 


Esok pagi tu suami bawak g klinik . Masa doctor cek pon benang dah meregang belum tertetas lagi la tapi memang akan tertetas ! .. Masa tu tawakal je la makan supplement shaklee banyak2 nak kasi luka cepat sembuh pny pasal setiap 2 jam memang tak miss tukar pad . Doctor bekalkan ubat kurangkan bengkak , ubat sapu , antibiotik , tahan sakit dgn ubat ape tah .. tu je la yg saya ingat .. Lepas makan ubat yg doctor bagi memang xterasa sakit pon tapi bila pegang ketulan daging yg membengkak tu risau jugak takot kekal kt situ daging tu . Alhamdulillah makin lama makin mengecil dan hilang daging yg bengkak tu .


Saya berpantang kat rumah seminggu je . Lepas seminggu suami dah sebok suruh pantang kat rumah mertua . Kat rumah mertua la yg kompom-kompom jahitan tertetas 0.5cm sbb misi datang cek kat rumah . Tapi saya xjahit semula sbb misi tu cakap dah tumbuh daging2 baru kale pink . Misi tu cakap bia daging tu tumbuh sendiri tapi pemakanan memang kene jaga betul-betul . Nak tahu apa saya makan utk sembuh tanpa jahitan boleh la contac saya :)





Pengalaman jahitan terbuka ni memang serammmmmmm .. so dgn ilmu yg secoet ni sy share dgn kawan-kawan semua :

1. Jaga hygiene 

Lalu kan air atau " dap " dgn tuala kering ,jgn sesekali rub! & kerap salin pad

2. Keringkan dgn udara

Some bidan tak galakkan pggunaan pad 2 minggu ptama.. ha suruh la laki korang basuh kain .. takkan smua nak harap mak

Hala kan ke kipas / guna hair dryer dgn suhu yg rendah

Jgn lupa tutup pintu!! 


Cara ni membantu darah nifas keluar dengan lancar, mengeringkan darah dengan cepat dan mempercepatkan baik pulih luka jahitan.

3. Sitz Bath

Iaitu rendaman air garam. Ambil segenggam garam kasar dan larutkan di dalam satu jag air panas. Kemudian campurkan dengan air biasa supaya campuran tersebut menjadi suam dan tuangkan di dalam besen. Duduk di dalam besen tersebut selama 10-15 minit.

Kalau tak da besen buat air basuhan je.. mudah!

Saya rebus sekali dengan daun sirih .. tak payah beli uncang2 cuci yg harga RM40-RM50 tu.. dh jimat kos 


4. Elakkan sembelit 

Ha ni saya guna 1 brand tu memang cirit teruihhhhhh ! . Tapi misi xgalakkan pakai . Saya pakai 2 kali . 1 hospital yg kasi . 1 lg suami saya beli kat farmasi .


Jgn lupa dpt kn suply fibre & mnum air secukupnya.. jgn takut mnum air.. yg penting bukan AIR SEJUK

kali ni stand by dh
ALFALFA dgn OSTEMATRIX . selama dok mgandung ni dok amal ostematrix .. alhamdulillah berak tanpa berpikir

Sembelit akan myebab kan regangan pada kawasan jahitan.. uiii.. memang betol . saya dah merasa !

5. Pantang makan punca luka lambat sembuh 

Pantang makan bukan lah bermaksud tak boleh makan langsung!

Knal pasti makanan yg tinggi zinc dgn buah2 tinggi vit c cth ikan haruan dan oren sunkis .
ZINC dan VITAMIN C mempercepatkan penyembuhan dan pengeringan luka . Lagi satu geng hematinik VITALEA , B-COMPLEX , VITAMIN C jangan lupa makan untuk pengaliran darah yg lancar pada bahagian luka . Untuk cepatkan pertumbuhan sel baru dan sihat jangan tinggal minum ESP . Masa jahitan terbuka ni saya tak pikir apa dah . Yang saya tahu saya nak sembuh tu je  ! Saya add on VIVIX dan SHAKLEE COLLAGEN POWDER

6. Elakkan Bau dan Cecair Bernanah

Jika luka mengeluarkan cecair berbau atau bernanah segera dapatkan rawatan. Jahitan tersebut mungkin sudah di jangkiti kuman dan sangat berbahaya jika di biarkan.

Semua supplement yg saya sebutkan ada dalam PRE NATAL set by shaklee . Untuk POST NATAL set by shaklee saya cuma tambah ZINC dan ALFALFA je . PRE NATAL set dan POST NATAL set lebih kurang je . Jimat sangat la sebab ada yang sampai 4 bulan . Tu yg boleh teruskan dari mengandung sampai bersalin

Sapa yg dh 7 bulan 8 bulan boleh terus oder je.. takkan tunggu dah branak baru nak oder.. kan kan..



Homaeda Humaili

013.50.456.50

STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa



Selasa, 4 Ogos 2015

Pemantauan Kawalan Glucosa Dlm Darah (BSP)

Doctor arah kan saya utk buat BSP sbb keputusan MGTT (kencing manis) saya tinggi masa 33weeks . Saya sangat-sangat xpercaya ada kencing manis ketika hamil huhu . Saya cakap kat doctor tu keputusan org lain . Sebab saya kurang makan benda manis .
.
.
.
Diabetes adalah keadaan di mana badan tidak dapat mengawal kandungan glucos dlm darah . Diabetes semasa hamil dikenali sebagai GESTATIONAL DIABETES.
.
.
Semua ibu hamil akan menjalani ujian darah (MGTT) sekiranya mempunyai salah satu faktor risiko seperti keturunan dan penambahan berat badan . Tak silap saya kalo :

→hamil bawah 5 bulan (sebulan berat badan perlu naik 0.5kg sahaja)
→hamil atas 5bulan (sebulan berat badan tak boleh naik melebihi 2kg . Kiranya dalam seminggu berat badan perlu naik 0.5kg)
.
.
.
Kalo dah disahkan diabetes semasa hamil memang kene buat pemeriksaan paras glucos berkala dirumah atau di klinik 4 kali sehari pada pukul

→8 pagi
→11:30 pagi
→4:30 petang
→9:30 petang
.
.
.
Tengok pada screen kecil tu . Saya punya bacaan adalah 4.2mmol/L . Ini adalah bacaan yg sangat baik kikiki . Betol saya xtipu huhu . Paling rendah bacaan glucos saya adalah 3.1mmol/L . NI kita panggil hypo . Ada masa memang saya rasa nak pitam sbb kurang gula dalam darah . sbb tu saya kata saya xde diabetes . Tu darah org lain tu tongue emoticon




Next perkongsian saya akan share syarat utk periksa paras glucos dlm darah . Bukan semberono buat taw . Ada masanya siap kene puasa lagi smile emoticon
.
.
.
Sebab apa bacaan glucos dalam darah saya maintain cantik ? Meh roger saya lekaih . Saya bagi konsultasi exclusive utk kawan2

Homaeda Humaili
013.50.456.50

STAY TUNED ... WAIT FOR THE NEXT SHARING yaaaaaaaaa